Mrs. Mahadhir's Life Story

Sunday, March 9, 2014

Masih berharap kau pulang....


Bangun pagi (8/3/14) dapat berita terkejut: sebuah kapal terbang milik Malaysia Airlines (MH370) didapati hilang dan tidak dapat berhubungan dengan menara kawalan....walaupun tiada sedara mara naik penerbangan itu namun jauh di sudut hati tetap gusar....masih ada rakyat Malaysia berada didalam pesawat tersebut...
Lokasi terakhir pesawat dilihat pada radar sebelum hilang... :'(


Bila buka FB lagi lah macam-macam telahan, komen, berita, spekulasi serta foto dan video yang berkaitan dengan kejadian Kapal Terbang Hilang itu...tak kurang juga dengan gurauan kasar dan sindiran sinis dari pelbagai pihak yang buat aku sakit hati bila baca...pada firasat ku ramai lagi orang lain yang turut marah berdasarkan kepada komen berkenaan gurauan insan seni tersebut....

Seharian menanti berita tentang pesawat yang hilang ini....

Aku mendoakan agar ada keajaiban yang akan berlaku...semoga semua baik-baik saja...Hanya kuasa Allah SWT sahaja yang dapat membantu operasi pencarian ini agar dipermudahkan segala urusan...

#doauntukMH307 #pray4MH370


Wednesday, February 12, 2014

asam + garam + rumah + tangga = asam garam rumahtangga



Tedia tajuk dia....hahahaha...tetiba malam ni rasa nak menulis pasal al kisah asam garam rumah tangga..dulu masa tak kawin slalu dengan kisah rumahtangga kengkawan...macam-macam kisahnya....yang pahit yang manis, yang suka dan yang duka....tapi bila dah kawin diri sendiri yang merasainya....masih jauh dan masih banyak bab rumahtangga yang perlu dan akan aku tempuhi....

so far Alhamdulillah....aku bersyukur kepada Allah....apa yang diberikan padaku..mungkin tak sempurna pada mata mereka namun tidak padaku...melayari bahtera rumahtangga sama seperti melayari bahtera di lautan yang luas...hanya nakhoda yang cekap serta anak kapal yang cekal mampu mengharunginya...membelah badai samudera itu bukan mudah...itu pesan seorang teman padaku...bila dah melaluinya baru aku paham...kadang-kadang masalah kapal itu bukan datang dari kesilapan anak kapal tapi datang dari faktor2 lain....ha mendalamkan....???

walaupun apa yang berlaku aku dan suami bernekad untuk sama menjaga bahtera yang kami layari...semoga pelayaran kami kekal hingga ke lautan cinta yang tiada penghujungnya....semoga Allah memberikan kami kekuatan untuk sama2 menempuh segala dugaan dan rintangan yang mendatang...

Thursday, February 6, 2014

Kene Ragut....







Actually sampai ke hari ni pun aku tak percaya dengan apa yang dah jadi 2 hari lepas....haish!! K.E.N.A.R.A.G.U.T!!!! benda yang selama ni aku takut and tak sangka jadik jugak kat aku...mujur takde apa-apa injury tau....kot tak naya baq hang!!!

Petang tue balik macam biasa...tak awal sangat and tak lewat sangat....yang sedang-sedang aja....hihihihi...balik tue singgah pi ke 3 4 kedai sebab nak beli barang untuk kegunaan office...so lepas beli barang terus gegas balik ke rumah sebab nk date dgn ARIANA ROSE....diri sendiri pun salah jugak sebab sebok naw nak bergayut tepon...huhuhuhu...(henpon Note 2 laki baru bagi so keciwi lah...jakun tahap apa lagi)

Sampai kat satu simpang nie tetiba ja kepala kena tolak and rasa henfon kat tangan kena tarik...haish...!!! takdak rezeki...rasa kesal menyelubungi hati sebab tak pandai nak jaga barang yang suami bagi..namun terselit rasa syukur sebab terselamat dari sebarang kecederaan kecuali T.R.A.U.M.A sikit...

Jadi skang ni saya adalah manusia Z.A.M.A.N.B.A.T.U sebab takdak henpon...rasa sikit sunyi sebab everyday rasa sangat busy dengan call in, call out, fb, calendar reminder, what's app, insta, we chat and kawasan yang sewaktu dengannya...

I have learn a very good and important lesson : JANGAN DOK GATAI OR LEKA CAKAP OR GUNA HENPON SEBAB ITU BAHAYA AND BOLEH SEBABKAN KORANG DI RAGUT...DIULANGI DIRAGUT...

Apapun aku masih bersyukur sebab selama 4 tahun aku merantau mencari rezeki di Kota Batu ni (Key Ell) ni aku dah 4 kali Allah selamatkan dari jadi mangsa ragut...I will be extra careful next time...

p/s: untuk yang suka meragut tue kena ingat lah no....hari ni hangpa ragut orang..esok lusa orang ragut mak ka kak ka makcik ka or adik hangpa pulak...mau dok tau lah kan...

Sekian...

Tuesday, December 31, 2013

Selamat Datang 2014



Selamat Tahun Baru!!!
Welcome 2014!!!

 

Lembaran akhir 2013

Tiba juga 31 Disember 2013 menjengah kita semua....
Terasa pantasnya larian masa berlalu...
Dalam kesibukan mengharungi hidup..
Ada pahit..
Ada manisnya...
Memberi aku seribu kenangan suka duka...
Sebagai pelengkap warna warni kehidupan
Mengajar diri matang menerusi pengalaman..
Membuka mata menilai pelbagai perkara...
Namun aku masih lagi di sini...
Diberikan kesempatan Illahi...
Untuk terus melangkah membuka lembaran baru...
Selamat tinggal 2013...
365 hari ku bersama mu...
Esok 2014 menjengah tiba...
Andai diberikan izin dariNYA
Akan aku terus mengorak langkah di bumi fana ini
Bersama liku-liku yang bakal mendatang...
Akan ku simpan memori 2013 ku disudut hati..
Semoga lembaran baru yang bakal ku buka menjanjikan perkara yang baik-baik saja...

Noor Ellina Jaafar
31 Disember 2013
3.30 pm
PWTC