Mrs. Mahadhir's Life Story

Monday, April 16, 2012

Cukup lah ALLAH sebagai pembela nasibku...


Ya Allah Ya Tuhanku...

Aku bersyukur di atas segala kurniaan dan rezeki yang telah kau limpahkan untukku..
Selepas palitan duka dan kutukan insan duniawi..
Kau kirimkan pelangi indah dan limpahan rezeki untukku..
Mungkin benar amal ibadatku tidak sesempurna mereka 
Tapi masih ada habuan dari Mu buat aku..
Mungkin benar ada salah silap ku
Mungkin banyak dosaku pada MU
Tapi pada Kau yang Maha Mengampuni 
Aku bersujud memohon Kau ampuni dosaku
Kau terima segala amal ibadatku
Kau makbulkan doaku
Kau berikan hidayahMu pada ku..

Banyak dugaan Mu padaku
Aku sedar bukan kerana ENGKAU membenci diri ku
Mungkin kerna menguji kekuatan ku 
Tapi dapat kurasakan kasih MU Ya Allah..
Kerana dalam setiap kesulitan hidup yang diberi
Kau titipkan bersama kekuatan jiwa dan hati untuk ku harunginya 

Terima kasih Ya Allah 
Kau berikan aku Mak , Abah, Mahadhir, Adam, Boy, Atan & Bob untuk ku
Mereka pelengkap hidupku
Kasih sayang serta sokongan mereka pada ku tidak berbelah bahagi..
Disaat suka di kala hiba mereka sentiasa ada bersama..

Cukuplah pada Mu Ya Allah 
Aku mengadu nasibku..
Kerana Engkau lah pembela nasib ku..

Nukilan rasa: Noor Ellina Jaafar
                   16 April 2012



No comments:

Post a Comment