Friday, December 9, 2011

My Engagement Day Diary

My Engagement Day Diary
Inilah rentetan sebuah perjalanan dalam memperkukuhkan ikatan cinta antara aku dan dia (Encik Mahadhir ku)

Januari 2011
-          Ikutan dari menghadiri majlis perkahwinan opismate ku si Khairi di Seremban telah membawa aku untuk ke Nilai..ha sapa tak tau kan..tempat favorite untuk mak-mak n pak-pak andam serta bakal raja sehari..Si Nurul & Khairul lah yang rajin bawak aku ke sana..so alang-alang dah ke sana maka aku pun ternampak lah sale yang dibuat..tangan pun lajulah memborong bakul tali kertas tue..aku beli 6 bakul pebagai saiz dan bentuk.. walaupun tak tau bila aku nak bertunang lagi..tapi aku beli ja..hahahahaha…

Sekitar Februari – Ogos 2011
-          Time ni every month aku dok sibuk dapatkan majalah Pesona Pengantin..seriously in love with this magazine lah..its full with needed information..sambil belek majalah nie kepala pun dok berangan rangan lah kan cam na my majlis will look like..hahahahah…bajet cam anak dato datin kan I ni..huhuhu..

-          One more thing is, kalu gi ukur jalan a.k.a merambu kat Jalan Tunku Abdul Rahman aku mesti nak gi singgah kat Jakel, Euro Moda and kedai2 yang jual kain lace..hahahaha…dalam kepala dah memang dok set nak buat majlis dengan tema warna biru turquoise..skali lagi I dok bajet macam I ni anak dato datin yer tuan2 dan puan2 sekalian…

September 2011
-          Ha..gaji masuk ja aku terus cargas margas kuar gi SOGO..(favorite shopping mall untuk semua rakyat Malaysia ) satu hari tu keja aku asik dok memborong sakan..then En. Mahadhir pulak mohon bantuan ku untuk bantu dia sediakan hantaran balas dari pihak lelaki untuk perempuan.  Jadi aku terima tanggungjawab tersebut dengan hati senang…untuk hari first shopping tue aku beli set toiletries and perfume Crabtree & Everlyn, wristlet Sembonia, buku tajuk Gerbang Perkahwinan dan telekung..then aku jalan gi kat KK Homedeco plak gi cari dulang kat En. Mahadhir. Beli dulu 4 dulang..lepas tue aku jenjalan pulak gi cari bunga dulang and alatan perhiasan untuk bekas hantaran En. Mahadhir..masa nak balik aku lalu kat cermin so nampak lah mcam mana rupa bentuk aku di kala itu..ha kau!!! Aku dah macam adik manis yang nak berjual tue gayanya..

-          Every weekend aku kuar gi beli barang2 keperluan majlis..kena beli sikit-sikit barangnya sebab aku ni gi beli barang sendirian..almaklumlah takde kenderaan..hihihi..tapi kalau ada kenderaan pun tak maunya aku bawak ke area Jalan Tunku Abdul Rahman tue…buat tambah kesesakkan jek..


Oktober 2011
-          Hurm time ni encik Mahadhir tersayang ada datang beli barang sesame dengan aku..dia nak pilih barang hantaran…it was one of my sweet moment..dapat beli barang sama2 mmg best sangat..akan jadi satu kenangan dalam hidup both of us nanti..malangnya takde pulak dapat nak rakam gambar sebab sibuk bergaduh masa nak pilih barang..i guess semua couple pun sama kot..sibuk beli barang sampai tak sedar masa yang berlalu..en Mahadhir yang tersayang sampai terduduk keletihan masa aku tengah sibuk pilih bunga dulang…mesti dia keserikkan nak beli barang dgn aku lagi.hahahhaa…hari ni aku happy sangat sebab aku dah siap beli cincin untuk encik Mahadhir..

-          Dah masuk akhir bulan aku dah start menggubah hantaran sikit2..aku mulakan dengan hantaran encik Mahadhir dulu…seperti yang dipersetujui hantaran kitaorang 7 balas 9..masa nak gubah tue aku ada gak lah surf internet cari idea2 gubahan..tapi aku takde nye reti nak buat gubahan yang hebat2.. buat yang biasa2 jek lah..nak tempah mahal makanya aku buat jek lah sendiri mana yang termampu..i really enjoy doing all the stuffs..

November 2011
-          Dalam sedar tak sedar masa berlalu pantas..menginjak masuk bulan November sudah…hati makin lama makin berdebar menanti saat2 itu..hai baru nak tunang..kalu nak menikah sok maunya terkeluar jantung aku…hahahhaha…over giteww…at this phase, preparation is 75%. Baju dah siap sebab aku order saja thru fb, mini pelamin pun order thru fb, photographer pun thru fb, hantaran completely dah siap, goodies bag dah beli, label ‘thank you’ dah cetak, sedara-mara dan kengkawan terdekat dah dijemput, family kedua2 belah pihak dah setuju, cuti dah approve, kek dah tempah, chocolate dah tempah, bunga telur dah beli.

-          Semakin dekat semakin rasa tak keruan..kalu time busy keja terlupa kejap tapi bila balik tue mula lah hati libang libu balik..bukan apa takut ada yang tak sempat siap or benda yang aku terlupa…pertama kali nak buat majlis untuk diri sendiri..makanya pastilah mahukan sesuatu yang terbaik…tak gitew..

-          16 November 2011, sekitar jam 5.30 ptg encik Mahadhir tersayang dah call bagitau dia dah sampai untuk amik aku balik dari tempat kerja..hahahaha suka betul time tue..insyaallah keesokkan hari nya baru kami akan pulang ke kampong.

-          17 November 2011. Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Taiping dan Kulim mmg tak terasa jauhnya bila ada dia..hahhaha..gatai noo…but serious..on the way balik tue mmg ktaorg tak habis2 pot pet pot pet…macam2 cerita kitaorg dok bualkan..then berenti kat RnR Tapah untuk makan tengahari. Dari Tapah masuk ke Taiping, singgah jap kat kedai tempat encik Mahadhir tempah kek, then ke Taiping Sentral untuk cari kasut tunang..ni last minit shopping..dari situ dah nak senja baru kitaorg gerak balik ke rumah Encik Mahadhir hantar barang hantaran.  Lepas dah turunkan barang hantaran baru lah terus cargas balik ke Kulim pulak..tak sampai sejam setengah kitaorang dah sampai rumah ku..hihihi..lepas turunkan barang encik Mahadhir sempat lah berborak kejap dengan makcik n pakcik ku yang menanti di rumah then dia pun gerak balik..dalam hati Allah jer yang tahu akan kerisauan ku..tak lekang berdoa agar dia selamat sampai…mak, abah dan lil zoro pun akan sampai pada hari yang sama jugak..jadi lebih kurang jam 10 mak pulak sampai…Owh indahnya…

-          18 November 2011.Pagi2 lagi bukak pintu rumah nampak adik boy dok tido dalam keta..dia sampai awal pagi katanya..then mak pun kejutkan kitaorang yang tdo terbongkang kat depan tue..he he he  bangun jer terus cuci muka.mak pun mula lah kuarkan koleksi langsir dia nak pasang…then mak  suruh adik Boy gi beli railing curtain..then aku and my lil zoro pulak mengemas bilik..we spend our time men golek smbil tergelak2..tapi yang bestnya lil zoro tak buat kecah pun dalam bilik tue..so surprise kan..semua orang panggil bilik tue bilik pengantin..kah kah kah..lucukan..semua barang2 disponsor okey..langsir mak punya, cadar bonda habsah punya, rose pillow pun bonda habsah punya, lilin deco pun bonda habsah punya, carpet pun bonda habsah punya…hahahaha…petang nya aku, bonda habsah, and adik nina gi cari butik pengantin yang still available untuk menyolek muka ku ini..alhamdulillah jumpa jugak..then kitaorg singgah membeli makanan  kat pasar malam…lega rasanya tengok semua hampir selesai..i have a day left…

-          19 November- hati dah mula rasa berdebar..pagi2 lagi mak and abah dah kuar gi beli bahan2 mentah untuk kenduri…bersemangat betul diaorang..then aku tumpang gi pasaraya kat depan tue untuk beli minuman kotak and jajan untuk goodies bag..petang tue tunggu kawan aku mai pasang mini pelamin (nama jek mini tapi dah jadi cam pelamin dah) malamnya aku dah mula keluarkan hantaran2 ku untuk diletakkan dalam bilik “pengantin “ keh keh keh…penat nya Allah saja yang tahu..dah senja bonda khursiah pun tiba bawak chocolate and cupcake cantik untuk hantaran ku jugak…malam tue aku, mak, abah, and nina tidor pukul 3pagi..hadei lah penat sangat…


-          20 November 2011-finally this date arrive…aku still rasa macam tak percaya yang hubungan aku and En. Mahadhir akan masuk ke fasa baru…rasa macam mimpi..bangun pagi je perasaan bercampur baur antara berdebar dan happy… pukul 5pagi dapat call dari adik atand bagitau yang dia dah sampai kat Butterworth.jadi abah pun pegilah ambik dia…then aku pun bangun and mandi..lepas tue mintak adik atan tolong hantarkan aku ke butik tue untuk bersolek..sampai jek mak andam tue tengah bekpes lagi..he he he..tiba time bersolek..aku rasa cam nak tertidor saat mak andam tue dok menconteng muka aku..mengantuk tak habis lagi..dalam 40 minit gak lah dia proses muka aku..then siap aku gi tukar baju and pakai tudung..dalam pukul 10 pagi aku pun balik semula ke rumah..dok tunggu rombongan.  Dalam celah tue photographer aku pulak tersesat…jadi aku dan cousin2 pi lah cari dia..mujur jumpa..elok aku pun sampai rumah dari amik photographer En. Mahadhir pulak call bagitau dia nak sampai dah..hati dok dup dap dup dap…hai lah hati…rumah ku dah dipenuhi dengan sedara..dalam 20 minit tue, ruang parkir kat rumah aku dipenuhi dengan kenderaan rombongan dari pihak lelaki…dari celah tingkap aku dapat tengok bakal tunangku..masa proses perbincangan sejuk kaki tangan aku..hurm tak senonoh kan..tetiba jek makcik aku panggil suruh keluar…tau2 aku dah atas pelamin, then tahu je cincin dah ada kat jari..tapi that was one of my sweet moment..sah sudah..jamuan pun dihidangkan pada tetamu. Part paling best is sesi photography..sangat haven okey..hurm nanti dah dapat gambar dari photographer I share kat sini…okey lah dah panjang sangat nie..nanti kita citer lagi..doakan jodoh kami panjang hingga ke jinjang pelamin dan seterusnya hidup bersama sampai akhir hayat…


Thursday, December 8, 2011

I'm Finally Engaged!!!!!!!


Achoo!!!!! Achooo!!!..hadei lah apa yang bersin teruk sangat nie..tudia dah berabuk bersawang dah belog kesayangan aku nie..maklumlah..kesibukan dengan kerja menuntut masa yang banyak sampai tak sempat langsung nak menghapdet aktiviti ku di laman maya nie..(bajet ramai sangat lah kan yang datang singgah belog aku nie)

So, untuk pengetahuan korang semua yang sudi singgah di sini..aku kini dah pun selamat bergelar tunangan orang…Alhamdullillah walaupun majlis dirancang dalam masa 2 bulan je namun semua  berjalan dengan lancar dengan izin dariNya yang Maha Esa..Tanggal 20.11.2011 bersamaan hari Ahad di Lot. 20, Kampung Sungai Limau, Lunas, Kedah Darul Aman menjadi saksi simpulan separuh mati ikatan perhubungan antara aku dengan si dia..(sapa lagi kalu bukan En. Mahadhir). Bersyukur kerana cinta kami mendapat restu keluarga kedua belah pihak..Pada detik jam 12:30 tengah hari dua bentuk cincin telah berada dijari manisku (kiri & kanan)..the moment is so sweet and unforgettable untuk kami berdua..

Sebelum mengecapi saat manis  tue ada lah jugak saat2 pahit kelat yang terpaksa kami berdua ditempuhi..bermacam-macam dugaan yang Allah beri untuk menguji kami berdua…namun kesabaran dan kesungguhan untuk hidup bersama semua permasalah dapat selesaikan.  Dari mula tentukan tarikh sampailah detik-detik akhir majlis kami diduga..kecik besar dugaan yang datang tue..tapi semua tue dah jadi satu tanda ingatan untuk kami berdua untuk lebih menghargai ikatan baru ini..baru tau susah jugak nak melepasi ke tahap alam pertunangan nie…Million thanks for my beloved fiancĂ©e : MAHADHIR ABD RAHMAN kerana begitu sabar dan tenang dengan sikap ku yang ada kalanya cepat panik dan berserabut  nie…dia sentiasa ada disisi untuk bersama dengan ku..

Dari pakaian, hantaran pihak lelaki & perempuan, urusan makan minum, undangan, goodies bag, jurufoto, Andaman/solekan semua aku uruskan sendiri…penatnya Allah saja yang tahu..maklumlah..aku ni anak sulung…tambahan lagi perempuan tunggal..mak pulak sibuk mencari rezeki untuk keluarga maka semua terletak di atas bahu jemala patik…tapi apa pun aku puas dengan hasil kerja tangan ku…bantuan akhir hanya datang bila semua ahli keluarga ku , sanak saudara yang pulang ke kampong datang untuk membantu membereskan kerja2 persiapan majlis tunangku : goodies bag, bunga telur, sambutan tetamu, membantu proses hidang makanan dan mengemas sikit sebanyak alatan majlis kenduri..rasa sangat terharu bila melihat sanak dan saudaraku tak kira kecik besar tua muda bersama-sama menghulur bantuan demi memastikan majlis ku berjalan dengan sesempurna yang mungkin..  

Berkat usaha Ayahanda Tengku Bahroom serta keluarga, Bonda Tengku Habsah, Bonda Tengku Fatimah dan cousin ku Tengku Nina Izati teratak milik keluargaku di kampong berubah wajah..begitu juga untuk geng mengecat pagar rumah : Adik ku (Anwar), cousin2 ku Tengku Izarin, Abang Sham, anak buahku : Aiman, Aina & Alif (habis comot budak bertiga nie dengan cat..Aiman sampai demam2 keesokkan harinya)… tak lupa jugak kepada Bonda Tengku Khursiah yang sudi untuk menyiapkan cupcakes yang cantik serta homemade chocolate sebagai hantaran balas dari pihak perempuan kepada pihak lelaki…at last but not least thank also for my both younger brother Atan, Bob and my little zoro kerena memeriahkan majlis….tak tau macam mana nak ucapkan terima kasih sebab ucapan tersebut terlalu kerdil dibandingkan dengan usaha mereka semua. Hanya sepotong doa “Semoga Allah merahmati kalian, di murahkan rezeki dan menyenangkan hidup kalian semua” yang mampu aku ucapkan.

Untuk kedua orang tua ku: terima kasih di atas segalanya…terbit rasa sebak dihati bila melihat kedua orang tuaku terlari-lari ke sana ke sini menguruskan hal jamuan untuk majlis…mak & abah nekad untuk menyediakan hidangan tengah hari sendiri..siap hangkut pinggan mangkuk, takung lauk, mangkuk lauk gelas, sudu garfu dari langkawi…(mak&abah mmg ada bisnes catering kat langkawi..heh heh heh )kata abah & mak “tak pa lah untuk kendughi hang nanti kita masak sendighi lah..tak payah pakai catering..lagipun bukan ramai pun nak mai..campoq keluarga depa dgn keluarga kita adalah dalam 50 orang..mak dok masak kat kendughi orang tak kan nak masak kat majlis anak sendighi tak boleh..” terngiang-ngiang lagi kat telinga bila mak asyik call nak tanya juadah apa nak masak untuk majlis tue..berkali-kali jugak bab menu nie dia dok tanya aku nak masak apa..dan bila tiba majlis mak masak menu : nasik minyak, daging masak hitam, ayam goreng berempah, kari ikan n acar timun & nenas. Untuk pencuci mulut pulak abah ada beli buah pisang and cousin ku CIK UMI MIRZA  & NORASMAH ada sponsor sponge cheesecake dan chocolate moist kek..

Untuk cousin-cousinku yang lain: Yazrina & family, Amran & family, Yazrida, Yusniza, Maisarah, Nafizah, Zaleha, Sarina, Sarini, Emyra,Idham, Siti Aishah, dan juga untuk Bonda & Ayahandaku : Tengku Zainab,Tengku Baharoom & Bondah Rosnah, Tengku Habsah, Tengku Fatimah, engku Khursiah & Family

Alhamdullillah…kenyang semua tetamu yang hadir..yang penting terukir senyuman di wajah masing2..mak jugak ada bekalkan lauk-pauk untuk rombongan pihak lelaki & family tunanganku bawa pulang..tergambar kegembiraan dari raut wajah seorang ibu dan ayah bila dapat menguruskan majlis anak mereka dengan sebaik mungkin..Mak & Abah, thank you for everything..

He is my heart, my soul, my life, my everthing....

Wednesday, October 5, 2011

Kawan....



Kadang-kadang hidup berkawan ni senang...tapi kadang-kadang hidup berkawan ni susah jugak...kawan memang ada macam-macam jenis orang..ada yang yang time susah dengan kita tapi time senang dia dengan orang lain..ada yang time kita senang dia takde dengan kita tapi bila kita susah dialah orang yang paling senang untuk hulurkan bantuan...dan ada pulak yang memang time dia suka dan duka ada dengan kita...aku sendiri tak tau aku ni tergolong dalam kategori yang mana satu sebab aku sendiri tak boleh nak menilai diri aku sendiri..bagi aku senang jek..kalu aku berbaik dengan orang aku hope orang pun akan berbaik dengan aku jugak..tapi jangan lah sampai kebaikan aku tue orang nak ambil kesempatan...aku mmg ada beberapa kawan yang macam tue tapi biarlah...nak bersedih pun buat apa kan..orang tue tetap happy dengan hidup dia and family dia... 

aku pun tak tau di mana salah aku...aku ni pun bukan nye baik sangat...tapi kalu ada rasa tak puas hati dengan aku meh lah cakap terus...(ni bukan nada marah tau ..)tak pun sms...tak pun chat ker??? bukan aku ni makan orang pun..tak pun kalu dah tak berapa nak suka sangat cakap macam nie "elly aku macam tak selesa lah nak tengok muka ko lagi..." then give me sometime to find tempat lain so that ko pun tak payah nak tengok muka yang menyakitkan hati nie...aper korang rasa kalu korang cakap dengan seseorang then orang tue buat macam acuh tak acuh jek...tak pun buat macam korang ni tak wujud di tempat kejadian...tak pun bila korang bercakap dengan dia then dia jawap sambil tak pandang muka..dengan kengkawan lain ko bleh bergurau senda and bergelak ketawa...lagi best bila duduk satu tempat tapi tak cakap apa2 pun...that is so sad...aku pun tak de lah mintak diri ini dihargai sangat..sapa lah aku ni kan...apa pun takde...kete pun takde, style pun takde, duit pun ala kadar jek banyaknye..maklumlah gaji tak besor..tapi aku pun ada perasaan...apa plak perasaan korang kalu korang kat tempat aku...???

aku faham kalu setiap orang tue moody time dia...tapi agak pelik kalu dengan orang lain ko tak moody tapi dengan aku ko moody pulak...there a big question mark di situ...maybe aku ada tersalah cakap or tersalah bagi statement or tersalah tindak tanduk...tapi please let me know...

mungkin kalu citer kat orang tua-tua dia akan cakap cengini "alah biasa lah tue adat berkawan...ada masa manis ada masa pahit..nanti lama-lama okey lah..."  sumtime bukan niat nak mengungkit atau nak jaja cerita pasal kita tolong orang...tapi sekadar nak meluah rasa and mencari sebab kenapa orang nak layan kita macam tue even kita pernah bersama dengan dia disaat susah dan senang..yer lah aku pun bukan orang senang sangat..jadi ada masa aku susah orang akan tolong aku tak kira dari segi wang ringgit, tenaga or masa...aku pun bukan berniat jahat nak buruk kan kawan aku sendiri...cuma aku sedih kenapa benda macam ni terjadi..ke sebab aku nie cengeng sangat???? or hormon dalam badan aku ni tak stabil paras kenormalannya...??? ni bukan skali dua aku terasa tapi few times jugak lah..pelik jugak lah kalu orang mula2 baik dgan kita tapi semenjak dua menjak seperti menjauhkan diri...

aku penah gak dok positip kan diri and tune kepala otak aku ni supaya tak pikir benda2 yang negatip tapi agak-agak cam gagal bila mana ion-ion negatip datang bertalu-talu ada ku..

kalu ada salah dengan yang aku dah buat aku mintak maaf kalu ada benda yang aku dah buat salah selama kita kenal nie...aku tau aku ni bukan lah baik sangat..mulut pun kengkadang macam longkang jugak...tapi aku sayang kengkawan aku..sumpah takde niat nak burukkan kamu..takpe nanti aku jumpa kamu personally yerk..aku tak mo gaduh-gaduh...aku sayang kengkawan aku...aku tau aku mungkin takde lah baik macam kengkawan korang yang lain..

i hope i can settle all this matter as soon as possible...


Tuesday, September 27, 2011

Kekecohan Rumah Terbuka CIDB 2011!!!

22 September 2011, CHERAS- Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB Malaysia) telah pun mengangjurkan satu majlis rumah terbuka anjuran bersama entitinya bagi meraikan klien mereka serta pemain industri pembinaan tanahair.  Majlis jamuan rumah terbuka tersebut adalah julung kalinya diadakan secara besar-besaran di Pusat Konvensyen CIDB yang bertempat di Jalan Chan Sow Lin, Cheras.  Ramai tetamu dari Kementerian Kerja Raya serta lain-lain agensi turut sama dijemput bagi memeriahkan lagi majlis tersebut. Selain itu bagi memastikan segenap lapisan masyarakat dihargai pihak CIDB Malaysia juga telah menjemput salah sebuah rumah anak-anak yatim dari kawasan yang berhampiran untuk bersama.  Di dalam keriuhan majlis tersebut berlangsung lensa kami sempat merakamkan aksi - aksi kekecohan meriahnya raya oleh salah satu dari entiti CIDB Malaysia : CIDB Holdings Sdn Bhd.
Makanan dihidangkan dalam konsep gerai. Gambar-Gerai CIDB Holdings





Jemput Datang Ke Gerai Kami...

Staff CIDB Holding sendang menjamu se

Gaya staf (baju merah)yang ingin memberi maklum bahawa hidangan yang di sediakan sedap belaka

Staf CIDB Holdings

Jejaka J (sila pilih J yang sesuai)

Posing gaya desa

Ramai-ramai posing gaya desa

Muuuaakkkssss!!!!!

Tema : Sesuci Lebaran

Geng mata boolat

Taukeh dodol di pagi raya

Indahnya beraya di desa..!!!!!!!

'Akauntang' CIDB Holdings

Ceo & anak buahnya..

Tengah pikir tema tahun depan

Terima Kasih Kak Sue...!!!!!!!

Pose alahai penat tapi syok dapat bekal

Jumpa lagi tahun depan...(kalu aku ada lagi lah)

Penang I'm In Love

hahahahaha..tajuk cam apa lagi kan..bajet cam citer Eifel I'm in Love lah tue..hahaha kalu dalam citer tue hero and heroin dia handsome and cantik tapi kalu dalam citer Penang I'm in Love ni hero and heroin dia gebuss2 uolss...kih kih kih..pasal suke makan tue yang gebuss tue...adeilah..

Ni citer masa iollss gi beraya kat taiping..rumah bakal fiancee iolls..hurm insyaallah nanti lagi beberapa bulan dia akan jadi fiancee iollss..uollls doa2 kan yerk..hurm pegi taiping sempena dengan cuti 1 Malaysia hari tue..suke betui dok kat Malaysia nie...banyak cuti oooo....hahahaha...so pegi sana hari jemaat and balik kl semula hari ahad petang..hohoho..sangat siyoksss...yang paling siyokss skali haaa...bakal bapak mentua chek ada siapkan laksa...tue mmg signature dish beliau..hahaha akhirnya dapat jugak lah iolls merasa laksa tersebut...
Ha ni lah Laksa yang iolls cakap tue..rasa dia lain dari yang lain..and sedap tau..hihihi 

Ni adalah salah satu sebab kenapa laksa tue jadi sedap..sebab dihidangkan dengan penuh kasih sayang..hahaha..sesuai sangat...

huhuhu terharu aku dibuatnye uollss..hahaha tengah makan dapat plak buah mangga manis..hurm bertambah lah terharunya aku ni..kih kih kih.kih..hadoi lah..sampai jeles en. bakal tunangan ku itu..(sorry sayang..you have to share you beloved abah with me now)

lepas iolls siap makan makanya terus ke rumah makcik en. bakal tunangan sebab nak jenguk sekejap..then lepas tue terus lah we all ke destinasi cinta yang seterusnya : P.E.N.A.N.G!!!!!!!! adalah sangat gembira okey...dah lama sungguh cheq tak pi Penang uollss...
On The Way to P.E.N.A.N.G

En. Bakal Tunangan (insyaallah)

Beratoq2!!

Tu diea...feri.hhahaha

Pandai beliau cover pewot..heheheh

Us..gaya cam dah honeymoon dah..hehehe..

Pasemboq Padang Kota..Nalla Reke'

Laici Kang

Beliau mmg pencinta makanan...
Perut dah kenyang so lepak dulu kat Gurney Drive..hehehehe

Still at Gurney Drive...

hihihi..nak ke rumah terbuka nie..


Kisah Syawal ku...

hadei lah kan..dah berdebu dah pun belog aku nieh...lama betul tak hapdet..akak bizi uolss...tak sempat nak update..ngeh ngeh ngeh (cara cakap tue bizi mcm perdana menteri pulak)..yer lah naik dari cuti raya banyak program n aktiviti yang nak kena buat..maka beloq ini tak sempat nak diupdatekan..sampai dah dekat nak habis raya dah baru akak tergedikss nak hapdet..

citer raya kali ni still sama jek  macam yang tahun-tahun sudah..tak berapa nak meriah sangat pun pasal tak balik ke kampung halaman...just akak jek yang balik ke langkawi..pulau sumpahan mahsuri tue...kalu balik ke kampung sebelah mak mesti lagi havoc sebab ramai sedara mara kat sana...hihihi....tapi dapat sambut Aidilfitri kali ni dengan mak, abah, lil zoro n adik-adik pun dah cukup lah (cuma adik Boy tak balik sebab keja).  So pagi raya akak cam biasa jek lah beraya dengan ayah bonda and adik-adik..then lepas adik2 keluar beraya maka tinggal lah akak, mak, abah n lil zoro ni  ha kat umah...kejaan nye makan tido makan tido menambah lemak di badan..dah lah sedia gebusss...makin gebusss lah jadik nya...hahahahah (sok kawin pakai jek telekong sebab baju tak muat)

Pagi raya mmg wajib lah ada ketupat, rendang daging, gulai ayam (kari ayam daa..), then lontong serta kuih muih..this time akak ada rezeki lebih so akak sponsor lah sikit..adik Boy pun sponsor jugak..tahun akak dapat lah buat 3 jenis biskut untuk di jamu pada tetamu kat rumah..(dapat jamu cik abang skali..hihihi) so far berpuas hati lah dengan raya tahun nie..

Kat bawah ni adalah sedikit kenangan masa pagi raya tue...





Dalam pada tue sempat jugak lah akak celebrate besday si little zoro tersayang...besday yang ke-2..hihihi..suke kemain budak kecik tue..tersengeh-sengeh lah dia..hahaha...(windu pulak hati ni kat dia)






Thursday, August 25, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin


Saya, Noor Ellina Jaafar dengan ini ingin mengucapkan selamat hari raya kepada semua yang mengenali diri ini.  Andai ada khilaf, terkasar bahasa, terguris rasa mohon ampun maaf zahir & batin..Salam Aidilfitri...


ikhlas dari hati

Noor Ellina Jaafar

Wednesday, August 24, 2011

Coretan Ramadhan 2011

Kini sampai juga penghujung ramadhan untuk kali ini..semoga thn depan bersua kembali...setiap hari rutin di bulan ramadhan sama seperti biasa cuma yang menarik untuk kali ini is dapat memasak and berbuka dengan housemate ku yang sentiasa happening..macam2 gelagat, cerita and kisah yang terjadi dan pasti menjadi kenangan indah untuk aku kenang...setiap hari dapat balik awal and sampai jek dirumah terus bergegas siapkan juadah untuk berbuka..then makan ramai-ramai..tak terasa sayu sambut ramadhan kali ni dengan kemeriahan yang ada dirumah sewa aku kali ini..seperti biasa aku lah chef kat rumah tue..but sometime cik betty, cik azie and cik jijah memasak jugak...everyday tue kalu dah petang sikit aku mula lah start google or melawat belog Cik Mat Gebu nak cari idea memasak..suke sangat tengok hasil air tangan dia..resipi dia mmg best and tak rugi nak cuba...lagi pun suke tengok gambar-gambar hasil air tangan dia tue..cantik sangat...tengok lah hasil air tangan ku yang tak seberapa nie...ada banyak lagi koleksi tapi malas nak upload banyak-banyak gambar..

this is Ayam Masak Gajus..tak pedas ayam ni..sesuai untuk kanak-kanak

Ni pulak sambal daging..tak merah sangat sebab tak letak banyak cili boh..rasa pedas-pedas manja gitu

Wantan Ikan..untuk kudapan...

My first try for Pasembur..kuah still nak kena improve lagik...

Sayur campur

Nasi Goreng Udang..sengaja tak hias lebih sebab nak nampakan udang tue..

Ni plak bihun singapore...blajar dengan mak..dulu reti makan jek tp skang dah reti masak skali

Buah melaka..buat ni masa 1 ramadhan..full with pandan flavor..love it!!

Seafood Buncis..hah hah hah...

Bila dah masuk pertengahan puasa pulak aku dah start mengumpul baju-baju raya untuk my lil zoro..aceli dah lama kumpul..start dari bulan March lagi aku start beli..asal cantik n murah/sale jek aku beli...bila menjelang ramadhan aku tinggal beli baju melayu & button, songkok with sampin jek kat dia..untuk baju dia en mahadhir yang sponsor..tapi lepas dapat rezeki bulan ramadhan dari opis aku ada gak shopping lagi sikit t-shirt n jeans untuk dia..

Untuk abah aku belikan baju melayu sepasang with button & kemeja..then adik Boy belikan sepasang baju kemeja n sluar untuk abah..

 Untuk mak plak dia dah pesan tak mau baju kurung sebab masih ada baju kurung dia tak pakai..so aku belikan mak tudung 2 helai..really hope ma suka lah..

Untuk adik-adik bujang pun ada juga untuk mereka..aku belikan sepasang baju melayu setiap sorang...hurm puas hati dapat sediakan semua untuk family...

Tadi baru call mak, katanya dia tengah busy menjahet sarung kusyen and langsir rumah..hurm sound meriah kan..hopefully akan meriah lah...but a bit sad because adik ku yang no 2 tak dapat balik ke kampung sebab dia tak dapat cuti...so still waiting for the time nak kumpulkan semua ahli keluarga ku...

Dalam pada sibuk sempat jugak aku buat biskut..ini credit  untuk cik betty..sebab tengok beliau gigih buat biskut raya lah aku turut terbabet menyediakan biskut raya..dapat lah jugak 3 jenis biskut untuk tambah juadah di hari raya..jom tengok hasil-hasil nya...

Biskut samprit in cup...

Biskut ovaltine..pestime buat nie...amik resipi dari cik betty..dia pakai serbuk coklat tapi aku pakai Ovaltine..but taste is about the same..hik hik hik...

Biskut Cornflakes..ini antara biskut wajib aku untuk dibuat..hehehe...

Dalam pada tue sempat lagi dok planning beriftar dengan Staf & Family CIDB Holdings atas Cruise Tasik, Putrajaya, 







with cik betty n jijah kat Satay Station

with lovely houzmate n kechek a.k.a kat Flaming, Setapak..



and the final iftar will be tonite with all my teman suka duka di opis: Khairul, Nurul, Ermy & Hafiz at Bora Ombak, Ampang...
Pasangan bahagia : Kerul & Nurul

Hebatkan kitaorang melantak...

Encik Apiz & Cik Ermy...

ni aku n makanan...
so by tomorrow i will be flying back to Langkawi makanya akan berbuka di airport and tak sabar nak tunggu Jumaat because aku nak berbuka puasa besama dengan mak, abah, adam rayyan dan adik-adik.