Saturday, January 19, 2013

Why Kuzie Bridal, Shukry Foto & Fresh Baked Daily?

Salam Jumaat untuk semua...hari ni rasa ceria sikit..1 sebabnya ialah sebab saya nak balik jumpa En. suami yang terchenta...

Ni nak citer sikit pasal my wedding hari tue..Alhamdulillah ramai yang suka dengan dekorasi pelamin, foto dan dekorasi dan rasa my wedding cake..So far saya memang tak ada masalah langsung dengan semua vendor yang saya sendiri pilih..Mungkin Allah juga mengizinkan saya untuk bertemu dan berurusan dengan mereka..ini khasnya untuk warga Langkawi..jadi kalau tertanya-tanya nak amik package bridal and photoshoot dengan siapa or kat mana nak cari wedding cake yang cantik, menarik dan sedap!!! saya mungkin dapat bantu and semua..

1) Kuzie Bridal

Ha..mula-mula saya tengok pelamin Kuzie ni masa one of my friend's engagement ceremony..then trus fall in love at first sight..tedia..dahsyat btol ayat tue..kikiki..i really love something simple, nice yet elegant..and this is my pelamin gonna be...because less is more..then masa balik hunting tempat resepsi, katerer and photographer nanti i will go and hunt Kuzie Bridal too..maklumlah bridal yang tip top malatopss macam beliau ni mesti lah ramai yang nak kan khidmat beliau kan..masa first dial tue dalam hati dok berdoa macam2..takut Kuzie Bridal penuh..dan mungkin nak dijadikan rezeki akhirnya dapat jugak i hired Kuzie Bridal for my wedding..senang jek bekerja dengan bridal yang committed and memahami kehendak pelanggan macam beliau...most of the conversation i buat thru phone jek dgn Kuzie..payment pun buat pakai online..maklumlah zaman sekarang ni banyak kemudahan yang disediakan...design baju and color pun discuss pakai FB and SMS jek..susah nak balik ke pulau tue kalu dah start keje...jadi bersyukur dapat kerja dengan Kuzie..sangat senang dan yang penting puas hati..to all Langkawian..yang tengah cari-cari butik pengantin tue you can go for Kuzie Bridal..i really recommended.  (Kuzie tak bayar i untuk puji-puji beliau hokey...i buat ni semata ikhlas nak share my experience working with Kuzie Bridal jek..) nak tengok hasil kerja Kuzie Bridal boleh click kat sini : Kuzie Bridal pasti uolls akan berkenan habes dgn hasil kreativiti beliau..one more thing is..Kuzie ni tak pelokek a.k.a kedekut..dia akan buat apa jek untuk buat customers dia happy!!! Thank you so much Kuzie Bridal !!! You make look like a princess on my wedding day..i love the dress, the flower, the pelamin,the decoration, the make up!!

Below are some of Kuzie idea on my wedding:

My Pelamin by Kuzie Bridal
My Pelamin by Kuzie Bridal



My Red Chilli Dress By Kuzie Bridal

My Husband & Me on our reception day!!!

Make up done by Kuzie Bridal

 2) Shukry Foto 

Ok skang nak citer pasal photo pulak..so for those yang masih tercari2 photographer boleh cuba call abang shukry nie..to be honest with you guys abang shukry nie memang terbaik and tak rugi amik dia tau..harga memang tak pernah tercapai dek akal mu..murah dan sangat berpatutan..sungguh berbaloi-baloi..dulu beliau tak de sediakan pakej video but now ada dah..pastikan setiap moment indah yang terjadi pada hari bahagia terakam untuk kenangan di masa yang mendatang...serius puas hati...kenal dengan abang shukry ni pun sebab my superb mak andam Kuzie yang bagitau..so terus add abang shukry kat fb dia and terus booked him for the my solemnization and wedding reception...before this adalah buat discussion with few photog but mungkin rezeki nak berkerja dgn abang shukry ni maka Allah permudahkan urusan dengan beliau..but seriously hasil kreativiti abang shukry ni memang tak dapat disangkal lagi...i love the way he captured my photo...and also credit to syam..videographer..kerja dengan both of them memang senang and happening..both of them really know macam ne nak set mood pengantin..tak mo cakap banyak lah kalau tak percaya jom click kat Muhammad Shukry Abbas 

Satu lagi yang best is..abang shukry ni kan dia ada macam2 gaya yang dia akan bantu pengantin..maklumlah kan kita kan amatur..so tak de lah nak pandai posing2 nie..keh keh keh...

Kat bawah ni ada some of his photos yang dicapture during my wedding.



Photo session with cousins..
Us...
With Kuzie Bridal
Sesi potong wedding cake




Photo Shoot : Post Wedding by Shukry Foto

Photo Shoot : Post Wedding by Shukry Foto

Photo Shoot : Post Wedding by Shukry Foto

Photo Shoot : Post Wedding by Shukry Foto

Photo Shoot : Post Wedding by Shukry Foto

 
Photo Shoot : Post Wedding by Shukry Foto

3) Fresh Baked Daily

Haa....citer pasal mak andam dan pelaminnya yang malatops dah...citer pasal abang shukry si photographer yang mantop pun dah..so setiap wedding mesti ada wedding cake kan..so kalu tak tau jugak mana nak cari baker yang friendly, kaya dengan idea and yang penting mengikut kehendak dan bajet pelanggan boleh cari beliau kat sini :Fresh Baked Daily .  Ha nak habaq mai kat semua warga Langkawi, kak shima ni bukan jek pandai buat kek tapi dia juga ada menawarkan produk bakeri seperti muffin, lasagna, cream puff, tarts, dan macam2 lagi lah..pi lah selongkaq FB dia..senang jek nanti pm dia then kasi tau apa yang uolls nak so nanti dia akan buat..yang penting is semua produk dia SEDAPPPPPPP!!!! masa wedding that day i order kek and muffin, and fresh fruit tart untuk hantaran..fruit tart tue terbaikkkkk!!!! so try lah..tak rugi punyer...first time i order dengan kak shima is kek birthday untuk Muhammad Adam Rayyan..Rainbow kek and Chocolate Butter Cake berserta lasagna..start tue terus tak mo pi bakeri lagi..ahahahaha....


My wedding cake by : Fresh Baked Daily

My wedding cake by : Fresh Baked Daily
My wedding cake by : Fresh Baked Daily

I guess that for this time..so hope this will help some of you out there especially in Langkawi untuk mencari kat mana butik pengantin, photographer and videographer serta bakeri yang bagus untuk memeriahkan wedding uolls...so bye for now.. i'm done with my wedding so i hope you find the best for your wedding..salam and see you next time in next entry..


Wednesday, January 9, 2013

Dia, Zaujku & Aku, Zaujahnya


Antara nas Hadis Baginda yang lain yang sangat memberikan galakan kepada golongan remaja yang mampu supaya berkahwin demi menjaga agama dan kehormatan diri ialah sebagaimana sabda Baginda yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim yang bermaksud:

"Wahai pemuda-pemuda, sesiapa sahaja diantara kamu yang berkemampuan untuk berkahwin, maka berkahwinlah kerana dengan berkahwin dapat menundukkan pandangan dan menjaga kehormatan diri"

(riwayat Bukhari dan Muslim)


 Assalammualaikum...ini entry pertama selepas bergelar isteri...Alhamdulillah..Rasa bahagia sangat..

Setelah sekian lama menyulam cinta, akhirnya dengan izin dari Allah, Tuhan yang Maha Esa maka pada tarikh 21.12.2012, Jumaat (7 Safar 1434H), dengan sekali lafaz aku telah sah menjadi zaujah kepada Mahadhir Abdul Rahman.  Sebak rasa dihati bila mengenangkan kembali saat suka duka kami lalui bersama, saat diri merasakan kini bukan lagi menjadi tanggungjawap abah & mak..28 tahun menjadi anak mereka akhirnya aku kini menjadi milik zauj ku, Mahadhir Abdul Rahman...namun yang pasti tidak sedikit pun kasih sayang ku kepada kedua orang tua ku berkurangan...Ya Allah aku mohon Kau bahagiakanlah mereka seperti mereka bahagiakan aku...Kau sayangilah mereka sepertimana mereka menyayangiku...

Sempurna kini hidup ku..Semoga semua kenangan pahit di masa silam mampu ku lenyapkan jauh dilubuk hati. Semoga dengan sinar cinta ini mampu membuat aku lupa akan luka di masa silam..Semoga dengan limpahan kasih sayang dari suami akan terus mekar sehingga ke hujung nyawa..Tercipta aku dari tulang rusuk kiri miliknya..dekat dihati agar damai hatiku untuk selamanya..

Rasa syukur yang tak terhingga ku panjatkan kepada Mu Ya Allah Ya Tuhan ku...Indah benar pelangi yang kau kirimkan padaku kali ini..selepas beribut taufan, berkemarau panjang..memang indah pelangi ini...mampu membuat aku lupa akan sakit semalam..mampu membuat aku lupa luka di hati..

Perancangan setahun kami berdua terjadi dan berakhir dengan penuh memori indah..dikongsi bersama seluruh ahli keluarga aku dan suami, serta rakan taulan yang hadir memeriahkan majlis..yang jauh dan dekat datang berkumpul di majlis walimah kami berdua..hurm..sungguh indah perasaan itu..

Upacara membatalkan air sembahyang..

Hantaran ku untuk suami tercinta
Halal sudah...
Majlis Resepsi di IPP Langkawi..

My Big Family...

With Husband's Big Family!!!




With my beloved friends..
With Nenda's Siblings from Pendang, Kedah
 

My Photoshoot in Langkawi by shukry photo

My Photoshoot in Langkawi by shukry photo

My Photoshoot in Langkawi by shukry photo


Majlis bertandang di Simpang Empat Semanggol

Majlis bertandang di Simpang Empat Semanggol
Photoshoot session in Taiping by Sentuhan Danitrisya

Photoshoot session in Taiping by Sentuhan Danitrisya

Photoshoot session in Taiping by Sentuhan Danitrisya
Tiada kata dapat mampu menggambarkan segala perasaan di hati..jutaan terima kasih buat mak & abah untuk segala pengorbanan, jerih payah membantu menguruskan majlis ku...buat adik-adik  yang juga turut membantu, buat sanak saudara yang hadir serta membantu : Bonda Tengku Fatimah, Bonda Tengku Khursiah sekeluarga, Bonda Tengku Habsah, Bonda Tengku Zainab sekeluarga serta seluruh ahli keluarga baru saya : Rombongan keluarga Mahadhir.

My special thanks buat : Hazizah Che Uzair dan suami, beloved pengapit: Azilah Adnan, my super heroin : Lailatul Shafak, Mastura Baharuddin..thank you so much untuk segala jasa baik yang korang sumbangkan pada aku dari sebelum majlis, ketika majlis dan selepas majlis dan juga ketika majlis bertandang...

Tak lupa juga untuk semua teman-teman yang hadir memeriahkan majlis.  Terima kasih juga untuk hadiah yang dititipkan bersama. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas segala jasa baik kalian semua..