Tuesday, July 23, 2013

8_Ramadhan 2013 : Agar-Agar Gula Merah Bersantan

Hari ni tak payah masak kata housemateku Azie..kita beli kat luar jek lah..hik hik hik..tapi sebab dah terbiasa masuk ke dapur diri ini tetap nak memasak jugak..even bukan makanan berat tapi janji dapur ku berasap...hahahahha.. oleh yang demikian terjadik lah sejenis pencuci mulut : Agar-agar Gula Merah Bersantan...

Ni second time buat..first time buat masa kenduri sambut Ramadhan dan Tahlil di Balai Kuliah Tassawur Islam, Simpang Empat Semanggol, Perak.  Buat buah tangan ke majlis tersebut...Alhamdulillah rasa yang kurang manis tue boleh buat orang lain tersenyum manis bila menjamah hidangan yang tak seberapa tue...

So ini adalah kali yang ke-2 membuatnya..dulu kecik2 ni adalah salah satu dari faveret agaq-agar yang tok and mak slalu buat...la dah besaq panjang, dah berlaki dah pun (kata orang utara) kena buat sendiri lah kan...



Nak buat ni tak susah...kalau ada yang nak mencuba boleh lah try resepi nie:

1 peket agar-agar (kalau nak buat banyak imbangkan sukatan air dan santan. ikut pada pek agar-agar)
1.2  liter air
200 ml santan pekat (i pakai santan kara 1 kotak kecik)
200 gm gula merah
20   gm gula melaka (tak letak pun takpe)
3     sudu besar gula pasir (kalau tak manis tambah)
1/2  sudu teh garam (jangan masin sangat yerk)
3 helai daun pandan
2 biji putih telur
2-3 kuntum bunga cengkih (kalau tak suka tak payah letak)

* Bahan yang dimerahkan tulisannya tersebut hendaklah di 'blend' bersama. 

1. Rendamkan agar-agar. (15-20 min). Toskan airnya.

2. Panaskan air dalam periuk dan masak gula merah, gula melaka serta gula pasir bersama daun pandan. 

3. Bila mendidih matikan api dah tapis untuk buang segala benda asing (chewah..ayat Sains sgt)

4. Panaskan semula air gula dan masukkan agar-agar tadi. 

5.  Kacau dan perhatikan. Masak sehingga agar-agar  itu larut. Tambah baki daun pandan & cengkih.

6. Tambah bahan yang di 'blend' tadi ke dalam periuk dan didihkan sehingga pecah santan tersebut.
    (Kalau nk lapisan atas tue tebal santannya didihkan lama sikit)

7.  Kacau supaya tak melimpah ruah yer tuan-tuan dan puan-puan.

8.   Tutup api dan tuangkan agar-agar tadi  dalam acuan. Sejukkan dan boleh hidang.


Okey selamat mencuba kengkawan..

Tuesday, July 16, 2013

6 Ramadhan 2013_Happy 4th My Little Zoro

4 tahun sudah..

Suka dan duka akan ku simpan untuk menjadi kenangan abadi..
Maaf tak dapat bersama mu namun dari jauh ku kirimkan doa agar Allah S.W.T sentiasa Memberi limpah rahmatnya kepada kamu..
Memiliki dirimu adalah sesuatu yang terindah dalam hidup ku..
Biar penuh onak dan ranjau terpaksa ku lalui tapi itu lah kenangan abadi untuk ku kenang satu masa nanti..
Biar kata-kata nista mereka mengejek ku namun aku pasti setiap dugaan itu pasti ada as sababnya...
Aku bahagia melihat kebahagiaanmu..
Tak kuhirau kata mereka, kerana rasa bahagia memiliki mu melebihi segalanya...

Doaku untuk mu..
Semoga menjadi yang anak yang soleh, bijak, sihat dan yang berjaya kelak.

I love you Muhammad Adam Rayyan!!



5 Ramadhan 2013_Bujang kembali (untuk 2 minggu jerk!!)

Hurm yesterday baru feeling manja2 and loving2 dgn en hubby..siap pi dating sebelum berbuka puasa..then tengah malam pun pi dating lagi..hahhaa..thanks sayang!! 

Tapi hari ni hati dirundung sedih lagi...apa tak nya!!! nak kena pulang semua ke Kota Batu tue..tak payah nak garu kepala sgt...Kota Batu tue = Kuala Lumpur lah...

Huhuhu...beginilah nasib...namun pasti ada hikmahnya..

Balik awal sampai rumah pun awal lalu dengan pantas nya siapkan juadah untuk berbuka puasa..walaupun bersendirian (azie and kak niza balik kampung) namun tetap meriah juadah ku...kikiki


Monday, July 15, 2013

4_Ramadhan 2013

Huhuhu..ini lah hari yang dinantikan...as sababnya ini lah Ramadhan yang pertama bersama Encik Suami...Alhamdulillah Allah berikan kesempatan itu untuk bersama suami..hihihii...

Tiada lauk-pauk untuk dihidangkan because my beloved FIL dah kasik cuti satu bulan...yehaa...!! thank you abah...!!

Tapi diri ini bukan reti nak dok diam kalau tak masuk ke dapur...makanya terjadik lah juga kuih Sagu Gula Melaka dan Sardin Roll..

Gigih buat doh pastry untuk Sardin Roll..sampai terpaksa guna Talian Hayat di Langkawi...kikiki..dah lama tak buat jadi terlupa gitu.. Allah izinkan juga kuih tersebut jadi..

Setelah 2 jam prosesnya maka lihatlah hasilnya...dapat lah dalam 40 biji. so excited nak bagi suami and FIL rasa hasil air tangan saya...cuma gambar Sagu Gula Melaka tak sempat amik gambor daaa...

Tepat jam 5.30 petang kami anak beranak (me, hubby and FIL) ke Kamunting..nak ke Bazar Ramadhan..jakun kejap seba pestime bersama ke bazar as hubby and wifey..kikiki..hujan renyai2 gitu...kelas tak berpayung bersama...hahhaaha (to the P to the O to the  Y to the O)..tak memborong apa pun just murtabak, air dan dadih...FIL belanja briani untuk beriftar..haiyooo!!! manyak siyok ooo...

Balik dari bazar anto FIL and food. then hubby ajak pi dating-dating..auww!! suka gitew..amik angin petang...pusing-pusing jap then balik untuk hidang semua juadah...Okey dah!! bye!!

Friday, July 12, 2013

3 Ramadhan_2013 (10 kesalahan paling hit ketika Ramadhan)

Dah 3 Ramadhan hari nie...Alhamdulillah masih lagi berpuasa..tak sabar nak tunggu petang nanti because petang ni nk balik ke Taiping...jumpa suami...maklumlah..bukan selalu dapat bersama..kiranya esok adalah rezeki saya nak berbuka puasa dengan suami untuk pertama kali...jika Allah izinkan...

Yesterday lepas berbuka sempatlah godek2 FB..so terjumpa satu info yang sangat baik untuk dikongsikan sempena dengan bulan yang mulia ni..jom tengok perkara-perkara yang kurang baik untuk di amalkan disepanjang bulan Ramadhan..

10 kesalahan paling hit ketika Ramadhan.

1. Tidak sahur.


Puasa org yahudi dan org Islam sama saja, kecuali puasa org Islam ada sahur. Sahur la walau dengan segelas air kosong. 

Menyentuh bab sahur ni pulak, pagi tadi ada tertonton rancangan kat Astro Oasis kalau tak salah, ada sorang penceramah  (perserta Imam Muda) bagitau yang bersahur itu ada waktunya. Perkataan sahur itu sendiri datang daripada perkataan سحر yang bermaksud waktu pada akhir malam sebelum Subuh. Ibn Manzur menambah waktu pada 1/3 malam sebelum terbitnya fajar.

2. Sahur terlalu awal 


Makan berat lewat malam dan tidur lalu bangkit selepas azan Subuh. Itu bukan sahur, itu supper.
Kalau makan di tengah malam, (jam 12.00 tghmlm) bukan dikira sebagai sahur.
Berdasarkan pengertian ini, maka dapat difahami waktu yang paling tepat untuk bersahur ialah pada akhir malam dan bukannya pada awal malam sebelum tidur.
Sahur itu ialah perbuatan seseorang itu bangun pada waktu akhir malam sebelum solat terbitnya fajar untuk makan dan minum sesuatu bertujuan untuk menambah tenaga dan menguatkan diri bagi menjalani ibadah puasa pada siang harinya.

 
3. Terlebih tidur 


Lebih tidur merugikan masa dan menyebabkan badan dan otak lemah . Tidur boleh diniatkan sebagai ibadah, tapi kalau over sangat dianggap bedebah.

4. Berbuka secara buffet sampai buncit 


Ada juga yang sambung makan selepas solat Maghrib sehingga lewat malam. Tarawih pun tuang!

5. Membazar hingga membazir.
Lapar mata. Setiap jenis makanan nak diborong. Tak habis, makanan dibuang. Jadi berbelanjalah dengan bijak.  Ikut hati mati...huhuhu

6. Sambut Hari Raya mengalahkan Ramadhan.


Bulan Ramadhan yang dimuliakan Allah, bukan Syawal. Syaitan dibelenggu pada Ramadan dan dibebaskan pada 1 Syawal.

7. Solat tarawih tapi tak qiamullail pada laylatul qadr 


Rasulullah SAW setiap malam struggle untuk cari laylatul qadr. Pahala bonus 1000 bulan tu. Wow! Jadi sebolehnya kita juga harus mencontohi kegigihan Baginda untuk sama-sama mencari malam seribu rahmat itu.

8. Puasa tapi tak solat.


Puasa tapi tidak bersolat. Semoga kita menjaga kedua-dua ibadah ini dengan baik.

9. Sibuk beribadah, lupa cari ilmu. 


Bulan Ramadan bulan Ilmu.Semua ibadah takde guna tanpa ilmu. Ada juga yang larang tazkirah ketika Ramadhan.

10. Gagal upgrade iman selepas lalui Ramadhan.
Ibarat dah harungi sungai yang jernih dan segar , tapi kotoran di badan sengaja tak dibersihkan.

Sekian untuk semua.. i share because i care!!

Thursday, July 11, 2013

2 Ramadhan_2013

Salam..
Ini coretan kedua di bulan Ramadhan..
Alhamdulillah sempurna sudah puasa sehari..
Allah berikan rahmanya buat bumi dengan diturunkannya hujan di awal pagi...terasa kenyamanan serta kesegaran udara pagi..
Indahnya dan bahagianya nikmat dari Allah...
Pagi ni sama seperti hari yang sebelumnya juga..sampai awal lagi ke opis...huhuhu...
Hahaha..dalam tren sempat lagi berposing dgn si kecik...

Al-maklumlah selalu nek tren jam 7.10 pgi..time tue orang dah ramai jadi tak berkesempatan kot nak amik gambor...hik hik hik..


So hari ni sampai kat opis awal lagi..hahahha nak tau jam berapa i sampai opis??? sila tengok gambor yang seterusnya yerk...




Hahaha..tengok awal tak??? sampai kat opis takde sapa pun lagi kat situ...lampu coridor opis pun tak pasang lagi...haish...cemas jugak keluar dari lif gelap jo...maka dengan sepantas mungkin pi lari petik suis lampu...itu satu hal..nak masuk dalam opis lagi satu hal...hahahha....Baca Bismillah terus bukak pintu utama pejabat....buat-buat berani...kui kui kui..pada hal kalau time tue ada orang sergah mau ter shi-shi kat situ jugak...

Yesterday atas ehsan pejabat dapat lah kitaorang (bukan semua yerk ada gilirannya) balik awal..30 min...best lah jugak..so bergegas balik rumah untuk memasak..kikiki...takde lah memasak hebat sangat...setakat ikan masak cili, sup sayur and sambal buah bacang...hohoho..sebelum tue sempat lagi singgah beli kuih feveret di bulan ramadhan T.E.P.U.N.G.P.E.L.I.T.A...tapi tahun ni 4 = RM 2.00 thn lepas 5 = RM 2.00..haish..agaknyer lagi 2 thun 1biji =RM 1.00

So ini lah juadah yang sempat dimasak dalam masa satu jam!!!

Tepung Pelita

Ikan Masak Cili

Sup Sayur

Sambal Buah Bacang

Dan ini lah juga lauk bersahur...kikiki...so untuk hidangan berbuka petang ni kena tunggu entri esok lah yerk...kikikikki...

Selamat berpuasa semua..!!!


Wednesday, July 10, 2013

1 Ramadhan_2013

Hari ni terawal masuk ke opis..apa tidaknya jam 4.55 pagi dah bangun..memanaskan semula spagetting goreng untuk bersahur...makan sambil tengok tv ( Master Chef ) dan jeling2 jam...hik hik hik..lepas makan baru iron baju dan terus mandi...

Seronok pulak mandi seawal jam 5:45 pgi..sejuk jek rasa..so mandi lama sikit..ahahaha...lepas tue solat dan bersiap untuk ke opis..jam 6.29 pagi aku dan cik housemate sampai kat stesen..tak lama lepas tue tren pun sampai...seronok kitaorang berdua menikmati perjalanan di awal pagi..hahaha..sejuk jek rasa...

Tepat jam 7.05 minit pgi aku menjadi orang yang pertama terpacak kat depan pintu opis untuk punch card a.k.a thumbprint...ahahaha...awal sungguh...

Dalam pada gelak2 terselit rasa sayu dihati...teringatkan suami, little zoro serta ayahbondaku..hurm..mesti lagi indah suasana sahur tadi kalau mereka ada bersama-sama...namun apakan daya...redha untuk mencari rezeki sesuap nasi...moga satu hari nanti pasti bersama kembali...




Suasana di luar : Pemandangan dari tingkat 22 PWTC



Pakai Purple hari nie..huhuhuuu (Nk jadi Ribena Berri)
 
Meja yang semakin lama semakin banyak fail...hahahah

Pc kesayangan di opis..and also insan2 kesayangan ku (merujuk kepada foto2)

Kalau rindu mak abah tengok gambar tue..hahaha


Tuesday, July 9, 2013

Ramadhan Kareem!!!

Salam Ramadhan untuk semua...semoga Ramadhan kali akan lebih baik dari yang sebelumnya...Semoga kita semua diberikan kesihatan yang baik untuk menjalani ibadah ini dan juga memperbanyakkan lagi ibadah yang lain...

Dan berdasarkan kepada firman Allah Taala :
 
فَمَنْ شَهِدَ مِنْكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ
 
Maksudnya : Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah dia berpuasa bulan itu.
 
[Surah Al-Baqarah, Ayat : 185]

Di dalam hadis pula disebut , Islam itu terbina di atas lima perkara dan salah satu daripadanya ialah puasa pada bulan Ramadhan . Oleh sebab itu telah bersepakat Ulamak mengatakan puasa itu hukumnya wajib keatas orang islam yang sudah akil baligh ( cukup umur) dan berkuasa . Ianya tidak diwajibkan  kepada orang kafir atau orang gila atau kanak-kanak  yang belum baligh, tetapi hendaklah dilatih untuk membiasakan diri mereka dengan puasa .