Mrs. Mahadhir's Life Story

Friday, July 12, 2013

3 Ramadhan_2013 (10 kesalahan paling hit ketika Ramadhan)

Dah 3 Ramadhan hari nie...Alhamdulillah masih lagi berpuasa..tak sabar nak tunggu petang nanti because petang ni nk balik ke Taiping...jumpa suami...maklumlah..bukan selalu dapat bersama..kiranya esok adalah rezeki saya nak berbuka puasa dengan suami untuk pertama kali...jika Allah izinkan...

Yesterday lepas berbuka sempatlah godek2 FB..so terjumpa satu info yang sangat baik untuk dikongsikan sempena dengan bulan yang mulia ni..jom tengok perkara-perkara yang kurang baik untuk di amalkan disepanjang bulan Ramadhan..

10 kesalahan paling hit ketika Ramadhan.

1. Tidak sahur.


Puasa org yahudi dan org Islam sama saja, kecuali puasa org Islam ada sahur. Sahur la walau dengan segelas air kosong. 

Menyentuh bab sahur ni pulak, pagi tadi ada tertonton rancangan kat Astro Oasis kalau tak salah, ada sorang penceramah  (perserta Imam Muda) bagitau yang bersahur itu ada waktunya. Perkataan sahur itu sendiri datang daripada perkataan سحر yang bermaksud waktu pada akhir malam sebelum Subuh. Ibn Manzur menambah waktu pada 1/3 malam sebelum terbitnya fajar.

2. Sahur terlalu awal 


Makan berat lewat malam dan tidur lalu bangkit selepas azan Subuh. Itu bukan sahur, itu supper.
Kalau makan di tengah malam, (jam 12.00 tghmlm) bukan dikira sebagai sahur.
Berdasarkan pengertian ini, maka dapat difahami waktu yang paling tepat untuk bersahur ialah pada akhir malam dan bukannya pada awal malam sebelum tidur.
Sahur itu ialah perbuatan seseorang itu bangun pada waktu akhir malam sebelum solat terbitnya fajar untuk makan dan minum sesuatu bertujuan untuk menambah tenaga dan menguatkan diri bagi menjalani ibadah puasa pada siang harinya.

 
3. Terlebih tidur 


Lebih tidur merugikan masa dan menyebabkan badan dan otak lemah . Tidur boleh diniatkan sebagai ibadah, tapi kalau over sangat dianggap bedebah.

4. Berbuka secara buffet sampai buncit 


Ada juga yang sambung makan selepas solat Maghrib sehingga lewat malam. Tarawih pun tuang!

5. Membazar hingga membazir.
Lapar mata. Setiap jenis makanan nak diborong. Tak habis, makanan dibuang. Jadi berbelanjalah dengan bijak.  Ikut hati mati...huhuhu

6. Sambut Hari Raya mengalahkan Ramadhan.


Bulan Ramadhan yang dimuliakan Allah, bukan Syawal. Syaitan dibelenggu pada Ramadan dan dibebaskan pada 1 Syawal.

7. Solat tarawih tapi tak qiamullail pada laylatul qadr 


Rasulullah SAW setiap malam struggle untuk cari laylatul qadr. Pahala bonus 1000 bulan tu. Wow! Jadi sebolehnya kita juga harus mencontohi kegigihan Baginda untuk sama-sama mencari malam seribu rahmat itu.

8. Puasa tapi tak solat.


Puasa tapi tidak bersolat. Semoga kita menjaga kedua-dua ibadah ini dengan baik.

9. Sibuk beribadah, lupa cari ilmu. 


Bulan Ramadan bulan Ilmu.Semua ibadah takde guna tanpa ilmu. Ada juga yang larang tazkirah ketika Ramadhan.

10. Gagal upgrade iman selepas lalui Ramadhan.
Ibarat dah harungi sungai yang jernih dan segar , tapi kotoran di badan sengaja tak dibersihkan.

Sekian untuk semua.. i share because i care!!

No comments:

Post a Comment