Tuesday, July 23, 2013

8_Ramadhan 2013 : Agar-Agar Gula Merah Bersantan

Hari ni tak payah masak kata housemateku Azie..kita beli kat luar jek lah..hik hik hik..tapi sebab dah terbiasa masuk ke dapur diri ini tetap nak memasak jugak..even bukan makanan berat tapi janji dapur ku berasap...hahahahha.. oleh yang demikian terjadik lah sejenis pencuci mulut : Agar-agar Gula Merah Bersantan...

Ni second time buat..first time buat masa kenduri sambut Ramadhan dan Tahlil di Balai Kuliah Tassawur Islam, Simpang Empat Semanggol, Perak.  Buat buah tangan ke majlis tersebut...Alhamdulillah rasa yang kurang manis tue boleh buat orang lain tersenyum manis bila menjamah hidangan yang tak seberapa tue...

So ini adalah kali yang ke-2 membuatnya..dulu kecik2 ni adalah salah satu dari faveret agaq-agar yang tok and mak slalu buat...la dah besaq panjang, dah berlaki dah pun (kata orang utara) kena buat sendiri lah kan...



Nak buat ni tak susah...kalau ada yang nak mencuba boleh lah try resepi nie:

1 peket agar-agar (kalau nak buat banyak imbangkan sukatan air dan santan. ikut pada pek agar-agar)
1.2  liter air
200 ml santan pekat (i pakai santan kara 1 kotak kecik)
200 gm gula merah
20   gm gula melaka (tak letak pun takpe)
3     sudu besar gula pasir (kalau tak manis tambah)
1/2  sudu teh garam (jangan masin sangat yerk)
3 helai daun pandan
2 biji putih telur
2-3 kuntum bunga cengkih (kalau tak suka tak payah letak)

* Bahan yang dimerahkan tulisannya tersebut hendaklah di 'blend' bersama. 

1. Rendamkan agar-agar. (15-20 min). Toskan airnya.

2. Panaskan air dalam periuk dan masak gula merah, gula melaka serta gula pasir bersama daun pandan. 

3. Bila mendidih matikan api dah tapis untuk buang segala benda asing (chewah..ayat Sains sgt)

4. Panaskan semula air gula dan masukkan agar-agar tadi. 

5.  Kacau dan perhatikan. Masak sehingga agar-agar  itu larut. Tambah baki daun pandan & cengkih.

6. Tambah bahan yang di 'blend' tadi ke dalam periuk dan didihkan sehingga pecah santan tersebut.
    (Kalau nk lapisan atas tue tebal santannya didihkan lama sikit)

7.  Kacau supaya tak melimpah ruah yer tuan-tuan dan puan-puan.

8.   Tutup api dan tuangkan agar-agar tadi  dalam acuan. Sejukkan dan boleh hidang.


Okey selamat mencuba kengkawan..

No comments:

Post a Comment