Friday, January 21, 2011

busuk hati!!!!!!!!!!!!!!!!!!



busuk hati ke hati busuk..busuk hati ke hati busuk..hurm..yang mana satu betul ek??? tapi  tak kisah le yang mana satu pun sebab pada pemahaman aku ianya merujuk kepada simtom PHD (bukan PHD doktor tue yerk..tapi Perasaan Hasad Dengki)..aku heran kenapa lah dalam dunia nie masih ada orang yang cenggini..yang paling kesian skali orang yang kaya dengan hasad dengki ni dah tua dah...sikit lagi jek kot nak challo mera bette..tak takot  ke buat dosa dengan sesama manusia nie..kang kalu tak diampun kan dosa tue camne????!! tak ke nahas...heran aku..dok sibuk nak nayakan anak orang tapi tak tau ke Allah tue maha berkuasa..dan doa orang yang teraniaya tue makbul tau..setiap hari nak nayakan orang..kalu diri sendiri tak pernah buat salah takpe lah..tapi diri sendiri pun ada jek kekurangan..cuma orang sekeliling yang tak brapa suke nak menyibuk hal orang macam golongan PHD ni diam jek lah..suka sangat tengok orang sakit hati,,suka sangat tengok orang menderita...seronok tengok orang jatuh...tapi apa lah yang korang (golongan PHD) dapat ek ??? selain daripada dosa kering akibat menyakiti hati orang dan kepuasan hati yang dah dirasuk setan...????hurm tak tau lagi dah nak cakap apa dengan golongan cenggini...tapi walau camnepun aku terpaksa jugak mengadapi mereka ini (golongan PHD) setiap hari...

Monday, January 17, 2011

perasaan apakah ini????

apple of my eyes

adei hati ku jadi libang libu nie...malam tadi tak bleh nak tido dgan nyenyak..jam kat decoder astro is already 00:45..tapi mata nie tak mo tido..sampai kena amik wudu'k baru bleh tido...(itu pun selepas mendapat cadangan dari cik betty a.k.a housemate ku) ada lah satu perasaan yang sangat tidak tenteram melanda di hati..rasa berdebar, rasa berserabut and rasa tak selesa..mcm2 aku buat nak hilangkan rasa tue..punya lah takut apa2 terjadi kat orang2 tersayang aku dail jugak no hp abah dikampung serta adik2 ku..tak lupa jugak aku 'hello' skali kat en mahadhir..keputusannya Alhamdullillah mereka semua berada dalam keadaan yang baik dgn izin Allah..lega sikit bila tau semua dah dalam keadaan sihat sejahtera..tapi perasaan di hati masih lagi dalam keadaan yang sama...sampai terpikir Allah nak amik nyawa ku ker?( tapi aku still lagi diberikan kesempatan  untuk menghuni bumi ini)..cik betty dah banyk kali jugak suh aku tido sebab dah lewat malam esok nak keje katanya..aku sumbat telinga aku dgan walkman sebab nak hilangkan rasa takut...huhuhu..then tak jadi jugak...baru aku teringat sesuatu...dgan pantas aku bangun msuk bilik (pasal kitaorang tdo kat ruang tamu, dalam bilik takde kipas) untuk cari sumthing dalam luggage aku..yessss!!! dah dapat pun...hurm walaupun dah takde bau dia tapi takpelah..yang penting dapat peluk t-shirt kecil itu..hurm..sampai menangis aku dibuatnya..jenuh lah pulak cik betty tolong pujuk..dah puas menangis barulah hilang perasaan itu..rupanya aku merindui 'my lil' zoro' a.k.a Muhammad Adam Rayyan....last time jumpa raya...owh sayang please forgive me..masa sangat membataskan waktu untuk untuk kita bersama..namun tidak sedikit pun luak kasih sayang ku terhadapmu dan tak pernah sekali pun kau luput dari ingatan ku dan tak akan sama sekali kau hilang dari hatiku untuk selamanya..mama love you so much dear...mama selalu rindu pada senyuman mu, keletah mu, kemanjaan mu, kenakalanmu ( sumtime mama nek angin jugak, tapi bila berjauhan mama slalu windu)



Wednesday, January 12, 2011

Petua Memikat Si Suami...

sweetkan...tapi ada ke lelaki nak teman wife dia kat dapur mcam nie....??????

Bagi para-para isteri yang ingin mendapatkan maklumat cara memikat suami sudah tentu ada cara yang tersendiri kerana anda sajalah yang tahu perangai suami anda.
Bagi isteri yang baru bernikah pula ingin terus kekal suaminya menyayangi dan menghormati akan kehadiran nya,
Pada bakal isteri pula akan mencari jalan supaya bakal suami sentiasa sayang sepanjang hayat.Umpama sahabat dan kasih sejati.
Untuk gadis dan wanita yang belum berkahwin,ianya boleh dijadikan pertambahan ilmu dan modal nasihat buat teman -teman nya yang sudah berkahwin.
Maka di bawah ini koleksi petua telah mengutip beberapa sumber di internet dan buku sebagai pertambahan ilmu dan panduan.
1. Selalu berdoa agar suami sentiasa menyayangi kita.

2. Bila suami balik dari kerja, tegur dan sentuh suami sebelum kita membuat kerja-kerja lain.

3. Tunjukkan keprihatinan dengan bertanya secara khusus mengenai kegiatan suami sepanjang hari. ( jika suami dalam mood yang sesuai)

4. Belajar dan berlatihlah untuk mendengar dengan baik dan bertanya dengan tepat.

5. Jangan tergesa-gesa untuk menyelesai masalah suami. Apa yang lebih penting ialah memberi perhatian dan simpati.

6. Ruangkan masa yang betul-betul “berkualiti” sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari kepada suami.

7. Tanya ibu mertua, abang atau kakak ipar mengenai hadiah yang disukai oleh suami dan belikan hadiah tersebut sebagai cenderahati atau untuk memujuk.

8. Masak resepi ibu mertua ( kegemaran suami )sekali-sekala.

9. Beri pujian terhadap penampilan suami – rambut, wajah, pakaian,kacak,kesederhanaan dan seumpamanya

10.Cepat-cepat pujuk bila suami marah atau berkecil hati.

11.Minta bantuan suami hanya jika sesuai – sesuai pada masa, tempat dan jenis profesyennya.

12.Elakkan suami dari menunggu terlalu lama terutama bila bersiap.

13.Bila suami memberitahu yang dia akan pulang lewat, ucapkan terima kasih kerana memberitahu. ( Lebih baik beritahu dari tidak beritahu langsung )

14.Bila suami meminta bantuan, buatlah dengan serta merta dengan ikhlas dan gembira dengan tidak mengungkit atau banyak komen. (Sesungguhnya Allah sangat gembira perbuatan yang demikian )

15.Ucapkan kata-kata sayang yang romantik pada suami sekurang -kurangnya 2 kali sehari.

16.Jika kita marah, tunggu hingga sejuk. Bila sudah sejuk beritahu suami apa yang mengganggu fikiran secara sopan. Jangan sesekali salahkan suami.

17.Bila suami bercakap, beri perhatian sepenuhnya, hentikan apa jua pekerjaan yang sedang dilakukan. ( jika boleh )

18.Bila ingin memesan barang untuk dibeli oleh suami, senaraikannya di atas kertas. Jangan buat suami terpaksa pergi ke kedai 2 atau 3 kali.

19.Tanya suami bila dia ingin berehat atau tidur.

20.Peluk suami dengan penuh kasih sayang sebanyak 7 kali sehari.

21.Telefon suami di tempat kerja hanya apabila ada perkara penting atau kecemasan sahaja. Telefonlah dengan lebih kerap apabila suami menggalakkannya.

22.Jika suami perlu menjauhkan diri sekali-sekala, tanya bila dia akan pulang. Fahamilah, dia perlu bersendirian utk berfikir.

23.Jangan ganggu suami ketika dia sedang asyik melakukan sesuatu yg memerlukan penelitian.

24.Jika suami marah, jangan sekali-kali menjawab, hanya tunduk dan diam ( walau pun kita tak bersalah ). Terangkan keadaan yang sebenar selepas dia sejuk.

25.Bila meminta bantuan suami :- * terangkan pada suami dengan jelas mengenai kerja kerja rumah yang perlu bantuan. * Beri pilihan kerja yang disukainya. * jangan menyuruh-nyuruh * gunakan perkataan yg sesuai dan lemah lembut.

26.Pesan ke suami untuk menelefon rumah apabila out-station. Jangan marahi dia jika dia tidak berbuat demikian cuma terangkan akan kerisauan kita apabila tidak mendapat berita.

27.Sentiasalah kemas, anggun dan wangi sebelum tidur bersama walaupun suami berbau busuk, diamkan saja dan terima dengan hati yang sabar.

28.Sokong pendapat suami kalau pendapatnya berbeza dgn org lain.

29.Peluk dan belai suami sekali-sekala tanpa implikasi seksual. 

**untuk yang dh kawin tue sila cube try test okey...kalu jadi khabarkan kepada sya nanti..heh heh heh

Sumthing to share with (KISAH DAJAL)

 KISAH MENGENAI DAJAL

This morning aku terbaca satu artikel nie..its so interesting and i decided nak share tis will all my friends here...aku trus copy lah benda nie..(hope orang ni tak marah, aku share benda nie)
 
Bayi ini bukan dajal... Sebenarnya dajal adalah seorang lelaki dewasa yang telah wujud sejak zaman Rasulullah. -Gambar Hiasan. tapi kesian pulak kat dia..tak pasal jek kene..

Berita tentang bayi bermata satu yang dilahir di Israel beberapa tahun lalu menjadi gempar. Ramai yang membuat ramalan, inilah dajal yang dijanjikan Allah lewat hadis-hadis Nabi Muhammad s.a.w.. Kemunculan dajal di akhir zaman memang sentiasa ditunggu-tunggu. Dan memang kita pun sekarang ini telah berada di satu episod akhir zaman. Tanda-tanda kecil kiamat sudah kita lihat hampir keseluruhannya, setiap hari. Hanya menanti tanda-tanda besar saja yang belum berlaku. Antaranya dajal.

                Dajal… popularnya manusia yang memiliki nama itu. Ada berbagai-bagai versi cerita tentangnya yang menimbulkan bermacam-macam persepsi. Tapi kebanyakan orang Islam di Malaysia dan Nusantara amnya beranggapan dajal adalah makhluk bermata satu melintang. Ada juga yang mengatakan bahawa dia separuh manusia dan separuh jin kerana ibunya berasal dari keturunan jin dan ayahnya daripada bangsa Yahudi.

                Sebagaimana yang telah disebutkan di awal-awal tadi, dajal adalah manusia dan sememangnya dia adalah manusia biasa. Dia bukan keturunan jin, gergasi, dewa atau apa saja yang selain manusia. Banyak persoalan yang timbul tentang dajal menjadi salah faham. Antaranya: Siapa dajal? Di mana tempat tinggalnya? Siapa keturunannya? Bila dia dilahirkan? Bagaimana rupa fizikalnya? Bila dia akan muncul? Dan bagaimana untuk mengelakkannya?


                Memang benar dajal tidak ada disebut di dalam al-Quran tetapi ia banyak disebut di dalam hadis nabi. Malah banyak hadis nabi yang salih menceritakan tentang dajal, yang menyebutnya sebagai salah satu tanda besar kiamat. Masalahnya banyak juga hadis yang palsu tentang dajal, ia menimbulkan salah faham masyarakat tentangnya.

                Menurut pensyarah Jabatan Pengajian al-Quran dan al-Sunah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Fadlan Mohd. Othman, banyak hadis yang salih menceritakan perihal dajal yang lengkap termasuk untuk mengelakkan fitnah dajal.

                Katanya berdasarkan dari hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, “Sesungguhnya dajal adalah lelaki yang pendek, badan gempal, matanya rosak (mengecut). Kalau kamu masih ragu-ragu tentang Tuhan kamu. Sesungguhnya Tuhan kamu tidak rosak matanya.

                Dari situ sudah jelas bahawa dajal adalah manusia biasa yang diberikan Allah kekuasaan luar biasa. Setiap nabi yang diutus akan memberi peringatan berkenaan dajal yang matanya rosak dan pembohong.

                Tambahnya lagi, dajal adalah manusia yang ada keistimewaan, telah hidup sejak zaman Nabi Muhammad. Dia digelar  al-Masihi ad-dajal kerana matanya yang rosak dan kebolehan luar biasanya menghidupkan orang mati.

                “Tertulis di dahinya perkataan, ‘Kaf-Fa-Ra’ (kafir). Tulisan itu boleh dibaca oleh semua orang Islam sama ada dia pandai membaca atau tidak. Asalkan orang itu mengucap syahadat maka tulisan itu boleh dibaca.

                “Yang pastinya dajal adalah manusia yang ditangguhkan ajalnya oleh Allah, sehingga suatu masa dengan keizinan Allah dia akan muncul semula untuk menguji keimanan manusia,” jelas Fadlan.

                Terdapat lagi hadis yang diriwayatkan oleh Huzaifah di dalam sahih Muslim bermaksud, “Dajal ialah orang yang buta mata sebelah kirinya, lebat rambutnya serta mempunyai syurga dan neraka. Nerakanya itu merupakan syurga dan syurganya pula adalah neraka.”


KEISTIMEWAAN DAJAL
                Allah memberikan dajal banyak keistimewaan untuk menguji keimanan manusia ketika akhir zaman nanti. Semua itu telah dijelaskan di dalam hadis sahih. Di antara keistimewaannya selain boleh menghidupkan orang mati, dajal juga ada beberapa keistimewaan. Antaranya:

                Pertama, ada bersamaan syurga dan neraka. Dajal akan menggunakan kedua-duanya untuk menguji keimanan orang Islam. Apa yang dajal berikan sebagai syurga sebenarnya adalah neraka. Dan apa yang diperlihatkan sebagai neraka sebenarnya adalah syurga.

                Kedua, dajal akan pergi ke daerah yang kemarau, kebuluran dan hasil dagangan tidak menjadi. Dajal akan menurunkan hujan di daerah itu jika penduduknya mengaku beriman kepadanya. Maka daerah itu akan kembali subur dan hasil dagangan melimpah ruah. Manakala bagi daerah yang penduduknya tidak mahu mengaku dajal sebagai tuhan, akan berada di dalam kebuluran dan kesusahan.

                Ada sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah bermaksud, “Para sahabat bertanya: Ya Rasulullah, apa yang dimakan oleh orang Islam yang beriman pada hari itu nanti?”

                Rasulullah menjawab, “Mereka akan menjadi kenyang dengan tahlil, takbir, tasbih dan bertaubat. Zikir-zikir itu yang akan menjadi makanan mereka.”

               Ketiga, boleh menjelajahi seluruh pelosok bumi ini di dalam masa 40 hari dan kepantasan yang luar biasa. Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Muslim menjelaskan, “Kami bertanya: Wahai Rasulullah, bagaimana kepantasan perjalanannya di muka bumi ini? Nabi menjawab: “Kepantasan perjalanannya adalah seperti Al-Ghaist (hujan atau awan) yang dipukul angin kencang.” Hanya dua tempat saja yang tidak boleh dimasuki oleh dajal iaitu Mekah dan Madinah.

               Menurut Fadlan, Nabi mengingatkan orang yang beriman supaya menghindarkan diri dari berjumpa dengan dajal. Malah nabi bersabda, hanya seorang lelaki dari Madinah yang dapat berdepan dengan dajal. Lelaki itu akan mengatakan bahawa kamu adalah dajal lalu lelaki itu dibunuh oleh dajal. Kemudian dajal menghidupkan semula lelaki itu. Lalu dajal berkata tidakkah kamu percaya kepada aku. Lelaki itu menjawab, “Tidak, melainkan bertambah keimananku kepada Allah.” Kemudian dajal cuba membunuh lelaki itu tetapi telah diselamatkan oleh Allah.


BILA DAJAL DILAHIRKAN
Menurut Fadlan, dajal telah ada di muka bumi ini sejak zaman nabi lagi. Ia telah dipenjarakan di sebuah pulau seperti mana yang disebutkan di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Fatimah Qais, Nabi menceritakan tentang Tamin ad-Dari yang beragama Kristian tetapi telah memeluk Islam. Tamin pernah bercerita padaku tentang satu perkara yang pernah aku ceritakan kepada kalian mengenai al-Masihi ad-dajal.

Tamin telah berlayar bersama 30 orang anak kapalnya. Tiba-tiba kapalnya dipukul rebut dan mereka terdampar di sebuah pulau. Di pulau itu ada seekor binatang yang lebat bulunya hingga tidak dapat dikenal yang mana ekor dan kepalanya. Binatang itu yang dinamakan al-Jassasah (si pencari berita). Di situlah bermulanya dialog anataraTamim dan al-Jassasah.

Al-Jassasah: Wahai manusia pergilah kamu berjumpa dengan lelaki itu.

Lalu Tamim dan kumpulannya masuk ke dalam hutan dan berjumpa dengan manusia yang dimaksudkan. Lelaki itu mempunyai saiz badan yang besar daripada manusia biasa, dirantai dengan rantai yang cukup kuat, tangannya diikat ke leher, di antara lutut dan buku lalinya dirantai dengan besi.

Tamim: Siapakah kamu?

Dajal: Kamu akan tahu siapa aku nanti. Tapi siapa kamu?

Tamim pun jelaskan siapa dia sebenarnya dan kisah kapalnya yang dipukul badai lalu terdampar di pulau itu.

Tamim: Kami adalah orang Arab, kami sesat.

Dajal: Beritahu aku tentang kebun-kebun kurma di Bysan. Adakah ia sedang berbuah?

Tamim: Ya.

Dajal: sekejap lagi kebun itu tidak akan berbuah lagi. Beritahu aku tentang tasik Tabariah, adakah masih banyak airnya?

Tamim: Airnya banyak lagi.

Dajal: Tidak lama lagi airnya akan berkurangan dan kering. Beritahu aku tentang mata air Zughar. Adakah masih banyak airnya dan digunakan oleh penduduk untuk bertani.

Tamim: Banyak dan masih digunakan oleh penduduk.

Dajal: Tidak lama lagi air itu akan kering. Ceritakan padaku tentang nabi Arab yang buta huruf. Sudahkah dia keluar dari Mekah dan menetap di Madinah. Adakah orang Arab sudah memeranginya dan kemudian mentaatinya?

Tamim: Dia sudah keluar dari Mekah dan menuju Madinah. Orang Arab telah mentaatinya.

Dajal: Betulkah itu? Sesungguhnya mentaatinya adalah lebih baik. Aku akan mengatakan pada kamu tentang diri aku. Aku adalah al-Masihi ad-dajal sesungguhnya masanya sudah semakin hampir aku akan diizinkan untuk keluar. Aku akan berjalan di muka bumi dan masuk ke seluruh daerah di dalam tempoh 40 hari kecuali Mekah dan Madinah. Kedua-dua negeri itu dilarang bagiku, setiap kali aku ingin memasukinya aku akan diadang oleh malaikat yang di tangannya ada pedang berkilau dan tajam menghambatku.

DAJAL TINGGAL DI MANA?
                Di manakah kedudukan pulau itu pun dijawab oleh Nabi Muhammad menerusi sabdanya,: “Ketahuilah bahawa dajal berada di laut Syam dan laut Yemen… akan datang dari arah Timur (lalu baginda menunjukkan tangannya sebelah Timur).” – Riwayat Muslim.

                Kemudian ada satu lagi hadis yang menunjukkan dengan tepat dari mana dajal keluar yang kemudian disertai oleh pengikutnya terdiri dari orang perempuan dan kanak-kanak. Daripada Abu Bakr al-Siddiq, Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, “Dajal akan muncul ke bumi dari arah Timur bersama Khurasan.” Riwayat al-Tarmizi.

                Di dalam hadis yang lain pula daripada Anas bin Malik, bersabda Rasulullah s.a.w.,: “Dajal akan keluar dari kota Yahudi, Khurasan bersama 70,000 Yahudi dari Isfahan.” – Riwayat Imam Ahmad.

                Menurut Fadlan, ketika keluarnya dajal, ramai perempuan dan kanak-kanak akan menjadi pengikutnya. Sehinggakan orang lelaki terpaksa bertindak mengikat ahli keluarga perempuan mereka supaya tidak menjadi pengikut dajal.

                “Menerusi penyelidikan yang saya lakukan juga, didapati bahawa air tasik Tabaria yang terletak di sempadan Syria-Palestin dan mata air Zughar si Selatan Syria sudah semakin berkurangan.

                Adakah itu bermakna dajal sudah semakin hampir tempoh pembebasannya. Jika benar apakah persediaan kita untuk menghadapinya?

                Jelas Fadlan, Rasulullah telah memberikan beberapa tip kepada umatnya untuk mengelakkan fitnah dajal. Perkara pertama perlu dilakukan adalah menghafal 10 ayat pertama surah al-Kahfi.

                Kedua kita diarahkan oleh Rasulullah supaya membaca doa ini sebelum salam setiap kali solat, “Ya Allah, aku berlinding dengan-Mu dari azab neraka jahanam, azab kubur, ujian hidup dan mati dan kedahsyatan ujian al-Masihi ad-dajal.”

                Katanya, dajal akan menjelajah seluruh dunia dan akan berakhir di Baitulmaqadis dan dibunuh oleh Nabi Isa. Seperti mana yang disebut di dalam sahih Muslim, “Dajal akan dibunuh oleh Nabi Isa, selepas Nabi Isa dan umat Islam bersolat di belakang al-Imam Mahdi, mereka berhadapan dengan dajal dan tenteranya. Bila dajal lihat Nabi Isa, dajal akan mula cair. Akan tetapi Nabi Isa dapat membunuhnya dengan menikamnya.”
(Dipetik dari Al-Islam keluaran November 2010)

ni pulau bermuda..dari sumber yang aku baca mengatakan en Dajal tinggal kat pulau ni....wallahu allam..

  
Nie pulak tasik tabarian a.k.a tasik galilee..en Dajal tue tunggu tasik nie kering...bila dah kering baru dia kuar..hurm..

 Semoga Allah lindungi semua umat Islam dari terkena hasutan dajal...(tambah ilmu tambal amal, bak kata kawan saya, Nazrah Noor Rahmat)

Monday, January 3, 2011

1st day bekerja di 2011



ha hah hah hari ni 1st day aku mula kerja di tahun 2011..and hari ni jugak lah 1st time aku sampai opis paling awal skali..pkul 6:55am tue...and hari ni jugak 1st time aku dikejar mat pit @ pencopet...adei lah mcam2..lagi tua lagi banyak dugaan rupanye...nak tergelak pun ada walaupun pagi tadi sedikit cemas...nak jadi cheghita aku tertinggal punch card untuk january 2011 kat umah hari khamis lepas..then jumaat pulak dah kita semua dapat cuti..jadi aku pun datang lah seawal yang mungkin hari ni untuk memastikan semua orang dapat punch card diorang...hei lah terjadi pulak cheghita lain yakni dikejar pencopet..nasib bek lah ada orang jugak yang kebetulan lalu so pencopet tue pun beralih arah..en mahadhir pulak adalah mangsa keadaan bila mana aku suh dia teman aku sepanjang perjalanan dari rumah ke stesen lrt cahaya and dari stesen lrt titiwangsa ke opis aku...slalu tiap tiap pagi dia teman jugak tapi just bila aku dari stesen lrt titiwangsa sampai ke opis jek lah..pagi tadi jek dia kene teman aku lebih sikit..mana taknye pagi tadi aku kuar umah pkul 6:15 pg rasanya..

tapikan seronok tau jalan pepagi macam pagi tadi..tak panas..sejuk jek cuaca nya..aku pun tak le berpeluh sangat...pagi tadi seronok aku tengok budak2 dah start skolah..dalam lrt pun rmai budak dah...masa dlam lrt tue aku sempat tengok pasangan 2 branak nie..diaorang cina...nek kat stesen lrt hang tuah..anak aunty cina nie tak nampak (buta lah kaedahnye..tak sampai hati nak ckap buta)..so mak dia temankan anak dia gi skolah..thn lepas pun aku pnah nampak jugak 2 branak nie..hati aku agak tersentuh bila aku tengok aunty tue ( dia dah tua dah..sebaya mak aku rasanya) suapkan sandwich kat anak dia..hurm pengorbanan seorang ibu kan..jam2 tulah jugak tingat kat mak dikampung..adei lah..airmata trus bergenang..aku ni mmg jenis yang cengeng...tak caya bleh tanya cik betty (chrysalis journey) rasanye tu jek kot coretan untuk kali ini...sebelum aku lebih meleweh-leweh citer..semoga tahun nie menjadi tahun yang cemerlang, gemilang dan terbilang untuk aku...

Saturday, January 1, 2011

Dia...cintaku...


Dia...
hanyalah lelaki biasa sama seperti lelaki yang lain..
takde apa pun yang luar biasa padanya..
takde apa pun yang istimewanya dia
takde lah alim macam juara Imam Muda
takde apa pun hensem giler macam Yusri Kru
takde lah setampan si Aaron Aziz
takde pun harta dia tinggi menggunung macam Bill Gate..
takde lah pandai sangat dress up macam Ikram Dinzly..
pendek kata dia ni takde apa pun yang best..

tapi...di mata aku..

Dia..
adalah seorang lelaki yang ada kualiti yang aku cari
sanggup bersusah senang dengan aku...
sanggup berkongsi saat suka dan duka ku..
mampu melayan segala kerenah aku..
sedaya upaya cuba memastikan aku hidup bahagia..seperti wanita lain bahagia
menerima kebaikan dan ketidaksempurnaan yang ada pada aku..
menunjukan kesungguhan untuk memiliki aku secara sah..
memberikan hanya yang terbaik untuk  aku..
menjadikan aku lebih dewasa..
sentiasa ada masa untuk aku...
mampu untuk mendidik aku..
memberikan cinta yang tak berbelah bahagi untuk aku..
memberikan aku selaut kasih sayang yang tak bertepi untuk aku..
menyayangi keluarga aku seperti keluarganya sendiri..
membuatkan aku rasa gembira disampingnya..
sentiasa memberikan aku semangat di saat aku memerlukan..
aku mungkin tak dapat menzahirkan semua kebaikan dia dalam bentuk kata-kata
dan itu lah dia...cintaku,sayangku,manjaku,
DIA...MAHADHIR KU...







Happy Anniversary To Us....


Yey hari ini cukup setahun percintaan aku dengan dia..Alhamdullillah..syukur padaNya..tak terasa cepat masa berlalu...tak terasa yang sudah setahun aku dengan dia menyulam cinta..Aku berdoa pada Allah agar aku memberikan aku dan dia peluang untuk hidup bersama sebagai pasangan yang sah...supaya aku dan dia diberi kesempatan untuk melayar bahtera sebagai suami isteri dan seterusnya menjadi ibu dan bapa untuk bakal anak-anak kami..Selamat ulang tahun yang pertama sayang...terima kasih kerana sudi menyayangi diri ini seadaanya dan menerima segalanya..