Tuesday, July 9, 2013

Ramadhan Kareem!!!

Salam Ramadhan untuk semua...semoga Ramadhan kali akan lebih baik dari yang sebelumnya...Semoga kita semua diberikan kesihatan yang baik untuk menjalani ibadah ini dan juga memperbanyakkan lagi ibadah yang lain...

Dan berdasarkan kepada firman Allah Taala :
 
فَمَنْ شَهِدَ مِنْكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ
 
Maksudnya : Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah dia berpuasa bulan itu.
 
[Surah Al-Baqarah, Ayat : 185]

Di dalam hadis pula disebut , Islam itu terbina di atas lima perkara dan salah satu daripadanya ialah puasa pada bulan Ramadhan . Oleh sebab itu telah bersepakat Ulamak mengatakan puasa itu hukumnya wajib keatas orang islam yang sudah akil baligh ( cukup umur) dan berkuasa . Ianya tidak diwajibkan  kepada orang kafir atau orang gila atau kanak-kanak  yang belum baligh, tetapi hendaklah dilatih untuk membiasakan diri mereka dengan puasa .



No comments:

Post a Comment