Antara nas Hadis Baginda yang lain yang sangat memberikan galakan kepada golongan remaja yang mampu supaya berkahwin demi menjaga agama dan kehormatan diri ialah sebagaimana sabda Baginda yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim yang bermaksud:
"Wahai pemuda-pemuda, sesiapa sahaja diantara kamu yang berkemampuan untuk berkahwin, maka berkahwinlah kerana dengan berkahwin dapat menundukkan pandangan dan menjaga kehormatan diri"
(riwayat Bukhari dan Muslim)
Assalammualaikum...ini entry pertama selepas bergelar isteri...Alhamdulillah..Rasa bahagia sangat..
Setelah sekian lama menyulam cinta, akhirnya dengan izin dari Allah, Tuhan yang Maha Esa maka pada tarikh 21.12.2012, Jumaat (7 Safar 1434H), dengan sekali lafaz aku telah sah menjadi zaujah kepada Mahadhir Abdul Rahman. Sebak rasa dihati bila mengenangkan kembali saat suka duka kami lalui bersama, saat diri merasakan kini bukan lagi menjadi tanggungjawap abah & mak..28 tahun menjadi anak mereka akhirnya aku kini menjadi milik zauj ku, Mahadhir Abdul Rahman...namun yang pasti tidak sedikit pun kasih sayang ku kepada kedua orang tua ku berkurangan...Ya Allah aku mohon Kau bahagiakanlah mereka seperti mereka bahagiakan aku...Kau sayangilah mereka sepertimana mereka menyayangiku...
Sempurna kini hidup ku..Semoga semua kenangan pahit di masa silam mampu ku lenyapkan jauh dilubuk hati. Semoga dengan sinar cinta ini mampu membuat aku lupa akan luka di masa silam..Semoga dengan limpahan kasih sayang dari suami akan terus mekar sehingga ke hujung nyawa..Tercipta aku dari tulang rusuk kiri miliknya..dekat dihati agar damai hatiku untuk selamanya..
Rasa syukur yang tak terhingga ku panjatkan kepada Mu Ya Allah Ya Tuhan ku...Indah benar pelangi yang kau kirimkan padaku kali ini..selepas beribut taufan, berkemarau panjang..memang indah pelangi ini...mampu membuat aku lupa akan sakit semalam..mampu membuat aku lupa luka di hati..
Perancangan setahun kami berdua terjadi dan berakhir dengan penuh memori indah..dikongsi bersama seluruh ahli keluarga aku dan suami, serta rakan taulan yang hadir memeriahkan majlis..yang jauh dan dekat datang berkumpul di majlis walimah kami berdua..hurm..sungguh indah perasaan itu..
Upacara membatalkan air sembahyang.. |
Hantaran ku untuk suami tercinta |
Halal sudah... |
Majlis Resepsi di IPP Langkawi.. |
My Big Family... |
With Husband's Big Family!!! |
With my beloved friends.. |
With Nenda's Siblings from Pendang, Kedah |
My Photoshoot in Langkawi by shukry photo |
My Photoshoot in Langkawi by shukry photo |
My Photoshoot in Langkawi by shukry photo |
Majlis bertandang di Simpang Empat Semanggol |
Majlis bertandang di Simpang Empat Semanggol |
Photoshoot session in Taiping by Sentuhan Danitrisya |
Photoshoot session in Taiping by Sentuhan Danitrisya |
Photoshoot session in Taiping by Sentuhan Danitrisya |
My special thanks buat : Hazizah Che Uzair dan suami, beloved pengapit: Azilah Adnan, my super heroin : Lailatul Shafak, Mastura Baharuddin..thank you so much untuk segala jasa baik yang korang sumbangkan pada aku dari sebelum majlis, ketika majlis dan selepas majlis dan juga ketika majlis bertandang...
Tak lupa juga untuk semua teman-teman yang hadir memeriahkan majlis. Terima kasih juga untuk hadiah yang dititipkan bersama. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas segala jasa baik kalian semua..
No comments:
Post a Comment