Achoo!!!!! Achooo!!!..hadei lah apa yang bersin teruk sangat nie..tudia dah berabuk bersawang dah belog kesayangan aku nie..maklumlah..kesibukan dengan kerja menuntut masa yang banyak sampai tak sempat langsung nak menghapdet aktiviti ku di laman maya nie..(bajet ramai sangat lah kan yang datang singgah belog aku nie)
So, untuk pengetahuan korang semua yang sudi singgah di sini..aku kini dah pun selamat bergelar tunangan orang…Alhamdullillah walaupun majlis dirancang dalam masa 2 bulan je namun semua berjalan dengan lancar dengan izin dariNya yang Maha Esa..Tanggal 20.11.2011 bersamaan hari Ahad di Lot. 20, Kampung Sungai Limau, Lunas, Kedah Darul Aman menjadi saksi simpulan separuh mati ikatan perhubungan antara aku dengan si dia..(sapa lagi kalu bukan En. Mahadhir). Bersyukur kerana cinta kami mendapat restu keluarga kedua belah pihak..Pada detik jam 12:30 tengah hari dua bentuk cincin telah berada dijari manisku (kiri & kanan)..the moment is so sweet and unforgettable untuk kami berdua..
Sebelum mengecapi saat manis tue ada lah jugak saat2 pahit kelat yang terpaksa kami berdua ditempuhi..bermacam-macam dugaan yang Allah beri untuk menguji kami berdua…namun kesabaran dan kesungguhan untuk hidup bersama semua permasalah dapat selesaikan. Dari mula tentukan tarikh sampailah detik-detik akhir majlis kami diduga..kecik besar dugaan yang datang tue..tapi semua tue dah jadi satu tanda ingatan untuk kami berdua untuk lebih menghargai ikatan baru ini..baru tau susah jugak nak melepasi ke tahap alam pertunangan nie…Million thanks for my beloved fiancĂ©e : MAHADHIR ABD RAHMAN kerana begitu sabar dan tenang dengan sikap ku yang ada kalanya cepat panik dan berserabut nie…dia sentiasa ada disisi untuk bersama dengan ku..
Dari pakaian, hantaran pihak lelaki & perempuan, urusan makan minum, undangan, goodies bag, jurufoto, Andaman/solekan semua aku uruskan sendiri…penatnya Allah saja yang tahu..maklumlah..aku ni anak sulung…tambahan lagi perempuan tunggal..mak pulak sibuk mencari rezeki untuk keluarga maka semua terletak di atas bahu jemala patik…tapi apa pun aku puas dengan hasil kerja tangan ku…bantuan akhir hanya datang bila semua ahli keluarga ku , sanak saudara yang pulang ke kampong datang untuk membantu membereskan kerja2 persiapan majlis tunangku : goodies bag, bunga telur, sambutan tetamu, membantu proses hidang makanan dan mengemas sikit sebanyak alatan majlis kenduri..rasa sangat terharu bila melihat sanak dan saudaraku tak kira kecik besar tua muda bersama-sama menghulur bantuan demi memastikan majlis ku berjalan dengan sesempurna yang mungkin..
Berkat usaha Ayahanda Tengku Bahroom serta keluarga, Bonda Tengku Habsah, Bonda Tengku Fatimah dan cousin ku Tengku Nina Izati teratak milik keluargaku di kampong berubah wajah..begitu juga untuk geng mengecat pagar rumah : Adik ku (Anwar), cousin2 ku Tengku Izarin, Abang Sham, anak buahku : Aiman, Aina & Alif (habis comot budak bertiga nie dengan cat..Aiman sampai demam2 keesokkan harinya)… tak lupa jugak kepada Bonda Tengku Khursiah yang sudi untuk menyiapkan cupcakes yang cantik serta homemade chocolate sebagai hantaran balas dari pihak perempuan kepada pihak lelaki…at last but not least thank also for my both younger brother Atan, Bob and my little zoro kerena memeriahkan majlis….tak tau macam mana nak ucapkan terima kasih sebab ucapan tersebut terlalu kerdil dibandingkan dengan usaha mereka semua. Hanya sepotong doa “Semoga Allah merahmati kalian, di murahkan rezeki dan menyenangkan hidup kalian semua” yang mampu aku ucapkan.
Untuk kedua orang tua ku: terima kasih di atas segalanya…terbit rasa sebak dihati bila melihat kedua orang tuaku terlari-lari ke sana ke sini menguruskan hal jamuan untuk majlis…mak & abah nekad untuk menyediakan hidangan tengah hari sendiri..siap hangkut pinggan mangkuk, takung lauk, mangkuk lauk gelas, sudu garfu dari langkawi…(mak&abah mmg ada bisnes catering kat langkawi..heh heh heh )kata abah & mak “tak pa lah untuk kendughi hang nanti kita masak sendighi lah..tak payah pakai catering..lagipun bukan ramai pun nak mai..campoq keluarga depa dgn keluarga kita adalah dalam 50 orang..mak dok masak kat kendughi orang tak kan nak masak kat majlis anak sendighi tak boleh..” terngiang-ngiang lagi kat telinga bila mak asyik call nak tanya juadah apa nak masak untuk majlis tue..berkali-kali jugak bab menu nie dia dok tanya aku nak masak apa..dan bila tiba majlis mak masak menu : nasik minyak, daging masak hitam, ayam goreng berempah, kari ikan n acar timun & nenas. Untuk pencuci mulut pulak abah ada beli buah pisang and cousin ku CIK UMI MIRZA & NORASMAH ada sponsor sponge cheesecake dan chocolate moist kek..
Untuk cousin-cousinku yang lain: Yazrina & family, Amran & family, Yazrida, Yusniza, Maisarah, Nafizah, Zaleha, Sarina, Sarini, Emyra,Idham, Siti Aishah, dan juga untuk Bonda & Ayahandaku : Tengku Zainab,Tengku Baharoom & Bondah Rosnah, Tengku Habsah, Tengku Fatimah, engku Khursiah & Family
Untuk cousin-cousinku yang lain: Yazrina & family, Amran & family, Yazrida, Yusniza, Maisarah, Nafizah, Zaleha, Sarina, Sarini, Emyra,Idham, Siti Aishah, dan juga untuk Bonda & Ayahandaku : Tengku Zainab,Tengku Baharoom & Bondah Rosnah, Tengku Habsah, Tengku Fatimah, engku Khursiah & Family
Alhamdullillah…kenyang semua tetamu yang hadir..yang penting terukir senyuman di wajah masing2..mak jugak ada bekalkan lauk-pauk untuk rombongan pihak lelaki & family tunanganku bawa pulang..tergambar kegembiraan dari raut wajah seorang ibu dan ayah bila dapat menguruskan majlis anak mereka dengan sebaik mungkin..Mak & Abah, thank you for everything..
No comments:
Post a Comment