Mrs. Mahadhir's Life Story

Thursday, December 12, 2013

8 Safar 1434 H - 8 Safar 1435 H




21.12.2012 (8 Safar 1434H) - 11.12.13 (8 Safar 1435H)

Alhamdulillah...
Dalam sedar tidaknya usia perkahwinan ku dan suami dah selamat menginjak ke angka 1.

Bersyukur kepadaNya kerana masih lagi memberikan kesempatan buat kami berdua untuk bersama. Semoga perjodohan antara aku dan suami akan dikekalkan hingga ke Jannah.

Banyak suka dan duka telah dilalui bersama sepanjang tempoh 1 tahun hidup bersama.  Melalui kehidupan alam perkahwinan memang penuh dengan misteri dan cabaran (ini pendapat aku lah kan..pendapat orang lain aku tak tau..)

There are so many surprises and so many new things to be learned and adapted.  Hihihihi...

Sedangkan lidah lagi tergigit ini kan pula suami isteri.  Semua terpulang kepada setiap individu untuk menangani permasalah suami isteri...termasuk lah aku dan dia...sabar itu memang penting...jadi aku juga telah banyak belajar untuk sabar tapi adalah skali dua meletus...keh keh keh (cukup sampai sini kang terbuka cerita rumahtangga susah pulak...keh keh keh)

But overall I'm really happy..walaupun kena berulang KL-Kamunting-KL every 2 weeks...then jumpa suami only 1 half day...some of my friends bagitau yang mereka tak sanggup hidup begitu but i do believe bila Allah duga kita itu pasti kerana Dia tahu hambaNya itu mampu...

Bila masuk bab fasa perkahwinan pulak i do agreed that the first 5 years adalah tahun yang paling banyak dugaan dan cabaran...Semoga aku dan suami mampu mengharunginya... So we have 4 more years to go..lalalalalala...Ya Allah kekalkan rasa cinta di hati kami berdua...



Ucapan untuk suami:

Terima kasih untuk segalanya....

Semoga kita akan terus kekal bersama selamanya..mohon maaf andai aku bukanlah yang terbaik buatmu tapi doakan lah agar aku mampu jadi yang lebih baik untuk mu..

Semoga kehadiran aku dalam hidupmu dapat memberi sedikit sinar kebahagiaan...

Semoga kehadiran aku dalam hidupmu dapat memberi sedikit sinar keindahan hidup berumahtangga...

Semoga kehadiran aku dalam hidupmu dapat mengajarmu apa erti kasih sayang ..

Semoga aku akan kekal menjadi zaujah mu selamanya...

 Memori Cinta Aku dan Diri Mu Sayang...
Hanya Kita Yang Merasainya...

Noor Ellina Jaafar
12 Disember 2013
Kuala Lumpur

No comments:

Post a Comment