Bangun pagi (8/3/14) dapat berita terkejut: sebuah kapal terbang milik Malaysia Airlines (MH370) didapati hilang dan tidak dapat berhubungan dengan menara kawalan....walaupun tiada sedara mara naik penerbangan itu namun jauh di sudut hati tetap gusar....masih ada rakyat Malaysia berada didalam pesawat tersebut...
Lokasi terakhir pesawat dilihat pada radar sebelum hilang... :'( |
Bila buka FB lagi lah macam-macam telahan, komen, berita, spekulasi serta foto dan video yang berkaitan dengan kejadian Kapal Terbang Hilang itu...tak kurang juga dengan gurauan kasar dan sindiran sinis dari pelbagai pihak yang buat aku sakit hati bila baca...pada firasat ku ramai lagi orang lain yang turut marah berdasarkan kepada komen berkenaan gurauan insan seni tersebut....
Seharian menanti berita tentang pesawat yang hilang ini....
Aku mendoakan agar ada keajaiban yang akan berlaku...semoga semua baik-baik saja...Hanya kuasa Allah SWT sahaja yang dapat membantu operasi pencarian ini agar dipermudahkan segala urusan...
#doauntukMH307 #pray4MH370
No comments:
Post a Comment