Mrs. Mahadhir's Life Story

Monday, June 30, 2014

Resepi Nasi Briani Ayam Mama Elly

Salam Ramadhan..



Hihihi...so sorry tak sempat nak make up nasi briani ni sebab lepas hidang dalam pinggan terus azam maghrib berkumandang....


Sempena dengan 1 Ramadhan yang nak diraikan bersama suami and pak mentua i buat briayani ayam...dah banyak kali  jugak test buat nasik ni...Alhamdulillah setakat nie menjadi semuanya...

Hihihi nak kata pandai sangat buat briani tue tak dek lah sangat tapi setakat nk makan tue boleh lah kan..Saya pun budak baru belajar...So ni lah resepi briani Ayam Mama Elly.


Bahan bahan:

5 cawan beras basmathi (rendam 30 min & tos)

1 kg ayam, daging atau kambing (dg tulang, lagi sedap) 
   *daging and kambing rebus dulu. simpan air rebusan tue tau.
  : slalu i pakai paha ayam ja sebab semua suka paha ayam hik hik

4 kuntum bunga lawang

2 inci kayu manis

8 buah pelaga

8 bunga cengkih

1 Bungkus Rempah Briani Masala or apa-apa rempah Nasi Briani.
   (cntoh: shan, brahim)

3 bawang besar – potong dadu

5 biji  tomato masak saiz besar – potong dadu

3 labu bawang besar – kisar
6 ulas bawang putih 

3 inci halia – kisar

1 sudu teh lada hitam - kisar

2 tangkai daun ketumbar

3 sudu besar minyak sapi

4 biji telur – rebus, kupas & kelar

½ cawan susu

Saffron & pewarna kuning
1-2 sudu air mawar / kewra water
 

Hiasan
Bawang goreng
Daun ketumbar – hiris
4 biji cili hidup hijau – belah 2
Daun mint
Badam, gajus & kismis, jika suka

Cara-caranya

1. Kisar bahan-bahan kisar (bawang besar, bawang putih and halia, lada hitam)
2. Panaskan minyak dan tambah minyak sapi. 
3. Tumiskan bawang besar, tomato, buah pelaga, cengkih, bunga lawang dan kulit kayu manis 
    sampai naik bau.   Masukkan bahan-bahan kisar tadi.  
4. Masukkan rempah briayani. Kacau sebati bahan tumis dan rempah. 
5.Tambah 1 cawan air dan masukkan ayam/daging/kambing. 
6.Tambah garam, serbuk perasa. Masak hingga separuh masak dan alihkan 
    ayam/daging/kambing. 
7.Tambah daun ketumbar, air mawar untuk dapatkan bau wangi.
8. Masukkan beras, susu, yougurt dan air/air rebusan (jika ada). 
9. Bila nasi hampir kering masukkan kembali ayam/daging/kambing dan telur. Tambah air  
    mawar dan daun ketumbar. Keringkan nasi. 
    * sukatan air tue kena tengok jenis-jenis beras yang digunakan  yerk.

Hidang nasi dengan ayam/daging/kambing bersama telur rebus dan juga hirisan daun ketumbar, gajus, badam dan kismis.  

Siap!! 


Nanti kita share resepi kambing masala plak eyh...
So selamat mencuba yerk...


No comments:

Post a Comment