Mrs. Mahadhir's Life Story

Friday, September 21, 2012

SELAMAT PENGANTIN BARU PUAN HAZIZAH

Kompang dipalu...pengantin baru..
Duduk bersanding...tersipu malu
Ewah!!


Bila tiba musim cuti jek memang lagu cenggini akan kedengaran dimana-mana..memang kalu cuti jek adalah kad jemputan walimah sampai di atas meja..seperti biasa aku pun dapat lah jugak dua, tiga undangan...

Hurm..dalam banyak-banyak kengkawan aku yang kawin tahun nie..yang ni sorang  yang paling excited aku nak attend..bukan bermakna kengkawan lain kawin tue tak special tapi yang ni rasa teruja sikit sebab aku banyak kali jugak lah menyibokkan diri dalam persiapan menjelang hari bahagia bekas rakan seUITM Pahang, bekas rakan seFAKULTI (OM114), bekas rakan seKELAS (part 3 & 4), dan kini memegang title rakan seRUMAH dengan aku..hihihihi actually beradanya aku di Kuala Lumpur mencari rezeki sesuap nasi adalah disebabkan beliau..sampai  mati pun aku tak kan lupa perkara ini..sebab masa lepas grad aku memang tengah cari keje then Cik Jijah (nama manja dia) call bagitau tempat dia nak pakai orang..nak jadi cerita memang rezeki aku atas bantuan beliau aku ni diterima bekerja di sini sampai lah ke hari ini..aku tak malu pun kalu orang cakap aku dapat keja ni sebab Cik Jijah cari..sebab itu memang kenyataan..cuma mungkin rezeki yang Allah nak bagi pada aku tue disampai kan melalui Cik Jijah nie...

Dari urusan buat kad, bunting & banner serta hiasan bilik tidur dibuat secara bersama antara aku, Cik Jijah and Cik Azie (my another one housemate.kenal dah dekat 10 years kot) so enjoy buat keje-keje gini..penat memang terasa tapi rasa kepuasan + kehappyian tue telah mengatasinya...keh keh keh..

Jumaat 14 September 2012

Aku and Cik Azie bertolak dari Stesen bas Pekeliling (ada banyak memori di stesen bus ini sewaktu zaman study dulu)..untuk mengelakkan kelewatan kitaorang bangun seawal 7:00 pagi..nasib bek baju dah siap packing malam hari sebelumnya...Petang Khamis tue before balik ke rumah kitaorang sempat lah singgah beli sikit bunga and limau purut untuk mandian cik Hazizah kiter...hihihihihi...Bus gerak jam 9:30 pagi dah both of us enjoy the journey to Kuantan in our own wah..cik Azie enjoy sleeping meanwhile aku enjoy dengar lagu-lagu and enjoy video clip n my tab..Sampai kuantan dalam jam 1:00 tengahari..terus laksanakan mission kitaorang yakni monitor pelamin dipasang,final touch mengemas rumah dia..then persiapan bilik tidur pengantin.(tapi aku & azie yang rasmi dulu)


tiket bus tu Kuantan, Pahang...Here we go!!!


15 September 2012 (Sabtu) - Cik Jijah Big Day!!! : bertunang, nikah & bersanding

Seawal pagi lagi dia dah bangun mandi..sedar tak sedar both of us lupa nak buat air mandi bunga untuk beliau...huhuhuhu. then azie and me take turn untuk mandi and bersiap.  Mak andam cik Jijah datang seawal 7:00 pagi untuk make over kawan kitaorang nie. Bila dah siap Cik Jijah looks a bit different..she really looks like Ida Nerina gitew...
Tada!! ni rupa our Bride a.k.a Cik Jijah

Me n Jijah



Three of us!!

Sekitar jam 11:00 pagi majlis pertunangan Cik Jijah dengan pilihan hatinya En. Irman Shah berlangsung..majlis tersebut berlangsung dalam suasana yang tenang dan harmoni sekali..syukur..lepas satu debaran.


Saat menjadi tunangan orang...

Tik tok ! Tik tok! Tik tok ! Tik tok!

Jam menginjak ke 12:15 tengahari. Kelibat tok kadi sudah pun kelihatan..debaran sekali lagi hadir. Setelah semua mengambil tempat, majlis pernikahan pun dimulakan dengan Istigfar dan surah Al-Fatihah. 12:30 tengahari kawan kitaorang Hazizah & Irman selamat diijabkabulkan dengan sekali lafaz sahaja..Alhamdulillah..Below antara few moment yang sempat dicapture oleh photographer amatur Cik Azilah and me.


Debar menanti..Cik Jijah & her beloved mum

 
Moment ijab & kabul



Sesi Penyerahan mas kahwin & cincin
Moment sarung cincin


 Selesai majlis nikah & sesi photography..both pengantin terus berkejaran tukar pakaian untuk majlis sanding jam 1:00 tengahari..rasa macam kejap jek majlis tue berlangsung..
hihihi...cantik kan dia?

Puan Hazizah and simple deco for her from me & azie..


Azie menepung tawar kedua mempelai








both of us : azie (in shocking pink) & me in white


testing!! testing!! untuk my wedding in December 2012


so thats all for now dear all..nanti i buat entry untuk persiapan wedding of Puan Jijah kiter yer..gambo sanding takde sebab time tue both of us (azie & me ) are too busy...sampai jumpa lagi di lain entry..enjoy reading yer semua...

Tuesday, September 4, 2012

Al-kisah Si Roti Jala...

Hurm citer pasai roti jala ni memang ramai yang menggemarinya...tambah pulak kalu roti jala itu adalah hasil air tangan seorang ibu...rasanya memang perrghhh!!!..dulu aku pun memang suka sangat roti jala nie..tambah pulak kalu ada kuah kari daging..phewwwiiittt..memang mercik lah kan...(orang Kedah kata). Tapi last week i just know something yang membuatkan hati rasa terusik setiap kali aku INGAT roti jala, PANDANG roti jala or MAKAN roti jala...

Mesti nak tau pasai pa kan...?? Ha ni bukan nak mengumpat tapi sekadar luahan hati ja...(yang terpepak cabai tue pedaih lagi lah kan..) Satu hari ni adalah sorang hamba Allah ni tanya kat i ni..dia kata kawan dia dok cari orang nak tempah roti jala and kuah kari untuk function makan-makan bersama sepupu sepapatnya..anggaran dalam 20-24 orang lah kan..so dia kata "beb pe kata kalu ko buat beb..bukan susah pun..ko pun nak tunang kan..boleh jugaklah ko dapat duit lebih sikit buat tambah beli barang..lagi pun kita semua dah ada..acuan mak aku tue pun ada (merujuk kepada acuan roti jala milik ibunya)..ko ppakai jek lah..". mulanya agak keberatan untuk aku buat tapi lepas 2-3 kali diacukan oleh soklan yang sama dan juga memandangkan kesian kat kawannya tue aku pun buatlah..nak kata pandai sangat tue tak lah..tapi kita cuba lah sehabis baik...

Sesudah tempahan diterima maka i pun busy lah kan pi beli barang untuk nak masak..amik itu amik ini kenalah dalam RM 25. Mahai sebab time tue harga ayam memang naik. tak salah ayam jek dah RM 12..i amik ayam sekoq potong 24 ketui ok you olls..yer lah dari cerita yang didengar kawan kepada kawan aku tue agak mewah..tak kan lah nak jamu sedara dia makan cincai-cincai kot..so tamat sudah kisah pembelian barang...

Sehari sebelum tempahan diterima aku ni buat testing dulu sikit as bekpes for us..sebab kalu ada cacat cela or salah silap dari segi rasa tue kiranya tak terlambat untuk diperbaiki...yer lah orang tempah sebab nak jamu sedara mara dia makan so kita tak kan nak buat memain kan..Allahamdulillah berjaya lah jugak kiranya..kat bawah ni ada gambaqnya..( i kan poyo suka amik gambaq masakan sendiri and post dalam FB!! hahaha ada aku kesah??)
Ni lah roti jala yang i buat tue..

Esoknya tue (Ahad), seawal jam 5:00 pagi aku pun bangun lah..dok bersiap sedia buat roti jala tue..(tak professional lah katakan...) Mula-mula aku buat batter  untuk roti jala tue sendiri..nk bagi sedap and terasa lemaknya tue aku tambah susu cair, santan kotak kara and marjerin beserta telur and pewarna kuning yer tuan-tuan dan puan-puan..bukan sekadar tepung letak air semata dengan pewarna dan garam. Siap sediakan batter aku pun keluarkan ayam untuk nyah bekukan..then mula kan dengan sediakan bahan rempah ratus untuk kari ayam..blender apa yang patut and perap pada ayam tue..rempah kari siap goreng lagi..punya nak bagi sedap..(gigihkan aku nie..mode: masuk bakul angkat sendiri) yelah nak jaga ayaq muka orang yang tolong recommend kita kan..maka mula lah aku menjala-jala ikan jala itik jala ayam..hihihihi dari pukui 6 pagi start sampai lah ke pukui 10 pagi..haa kagum dengan makcik-makcik yang meniaga roti jala ni..patutlah RM 1 for 3pcs..seksa nak dapat duit you olls..kegigihan dari pagi buta sampai matahari naik terpacak berakhir bila bekas tepaware penuh dengan roti jala tue..adalah dekat 70biji you olls..kari ayam satu bekas jugak..(letak semua sekor ayam yerk..) bendanye dah siap tapi harganya tak tau lagi brapa nak letak..dah congak-congak itu ini semua mulanya cadang tak nak amik upah..kira kos barang jek. Ingat nak cas dalam RM 40 sebab barang nak buat kari ayam tue yang mahal..yelah letak serbuk kari 2 peket kecik, rempah ratus, kerisik,santan 2 kotak kecik, tomato lah, bawang lah, halia lah, minyak sapi lagi..bahan untuk roti jala pun tak kurang jugak..so nk cas RM 40. tapi hamba Allah yang konon menghargai sangat penat lelah aku ni soh letak RM 50..katanya kawan dia tue jenis berduit and tak kisah lah kalu setakat RM 50 tue..siap cakap lagi harga KL memang standard lah kot..so i follow..so dia yang turun ke bawah hantar roti jala and kari ayam tue pada kawan dia..ha ni nak tunjuk dengan RM 50 tue apa yang my customer tue dapat..

Kari ayam sebelanga..tengok tue I tak tipu okey..kepak ayam tue ada dua..maknanya i beli SATU EKOR AYAM
Ni pulak Roti Jala Tersebut..satu bekas ada 35 bijik...
Kisah ni jadi last year..but this year baru terkeluar cerita yang kawan tue cakap aku cas orang dengan harga yang MAHAL AND TAK BERPATUTAN..hello have you forgotten that you are the one yang letakkan harga tue...hurm..i was so surprised when i heard that...then kawan ni pulak tak kasi tau aku but kasi tau kat kawan sebilik dia..owh..so dahsyat of you lah...anyway duit yang dapat tue actually i didnt used alone..i share it with you okey...lupe ker kita kuar gi tengok citer HANTU BONCENG...masa aku tanya ko cakap okey jek..lepas tue timbul pulak cerita macam nie..kalu betul aku ni cas mahal kenapa ko soh lagi aku buat untuk opis ko nye function..

Kalu tak suka len kali cakap depan-depan lah..ni men cakap belakang yang tak best nie..kalu kes kata mengata tue acceptable sebab aku pun mengata kat orang jugak tapi kalu buat citer ni memang tak boleh belah lah kan...kalu buat citer pulak memanjang ko tue jadi baik..orang lain semua jahat..takde sorang kawan pun yang ko tak pernah puas hati dengan mereka..semua ko kata..semua ko keji...