Friday, July 15, 2011

Negaraku...

Negaraku...
Tanah Tumpahnya Darahku...
Rakyat Hidup..
Bersatu & Maju
Rahmat Bahgia
Tuhan Kurniakan
Raja Kita Selamat Bertakhta


Hurm aku pun tak paham kenapa keamanan yang dah dikecapi ini semakin lama semakin tak dihargai…mungkin kah mereka mengimpikan kehidupan seperti rakyat bosnia, rakyat palestin dan rakyat gaza..tak paham sangat mengapa nak ikut sangat perasaan sendiri tue sampai sanggup menghasut dan meracun pemikiran meraka yang mudah terikut untuk join benda-benda yang sememangnya di luar norma kehidupan serta amalan rakyat Malaysia…start dari Reformasi dulu then followed by few other demonstrasi jalanan…come on lah…jangan lah sebab untuk kepentingan dan kepuasan diri sendiri korang sanggup nak gadai maruah Negara sampai macam tue skali kot..???? suke ke tengok berita tentang kepincangan Malaysia di mata dunia??? Kan ke sama cam membuka pekung sendiri??? Tak kan itu pun tak boleh fikir kot..paling tak tahan bila ada plak komplot dengan orang luar untuk dapat dana..bukan ke itu lagi memalukan…hurm…orang luar sibuk nak duduk kat Malaysia sebab diaorang rasa aman kat sini..senang nak cari rezeki..tapi yang orang Malaysia pulak dok sibuk tak puas hati itu dan ini…itu tak betul ini tak betul..mana ada yang sempurna dalam dunia melainkan Tuhan yang Esa..sebab benda macam gini lah yang boleh membuatkan ekonomi Negara lumpuh untuk satu hari…rakyat pun rasa tak secure..Malaysia dah nampak macam negara-negara lain yang suka buat demonstrasi jalanan nie (tak berani mention nama negara tersebut,kang kena saman pulak).  Bila orang luar tengok benda macam nie for sure they don’t have any interest in making business here..yer lah sapa nak berani amik risiko untuk melabur kat negara yang kucar-kacir…jadi itu ke kemakmuran, keamanan dan kesempurnaan yang korang cari…sepatunya musuh dalam selimut ni ditangkap dah ditarik balik taraf kewarganegaraan dia…biar dia rasa..aku tetiba rasa malu bila tengok polis FRU di merata tempat  bersiap sedia untuk sebarang kemungkinan yang berlaku…nampak Malaysia imej negara buruk sangat…apa lah pandangan pelancong yang datang melawat??? Paling tak best bila anak-anak kecil akan tanya parents diaorang kenapa banyak polis di sana sini??? So ini satu benda yang tak bagus nak di simpan dalam memori anak-anak kecil..mereka akan membesar dengan suasana yang tidak sihat..perancang perhimpunan mungkin tak nampak kesan untuk jangka masa yang panjang sebab dia terlalu sibok dengan nak memuaskan hati nya…malas nak cakap banyak dah sebab kalu cakap pun sapa lah aku ni kan..??? sedangkan titah Agong pun dia ingkar apa tah lagi aku nie..just want to say “AKU SEDIH BILA AKU TENGOK NEGARA YANG AKU CINTA JADI MACAM NI!!!!!”  sekian.


(aku tak sokong sesiapa pun..tapi aku kesian pada orang-orang lain yang terpaksa menanggung susah akibat dari perlakuan ini..)



                                                                                       

1 comment: