Tuesday, August 2, 2011

Salam Ramadhan


Hurm alhamdulillah...Allah beri lagi aku kesempatan untuk bertemu dengan Ramadhan kali ini...semoga aku diberikan kesempatan untuk menyempurnakan ibadat puasa ku dengan sesempurna mungkin. aku akan cuba mengisi semua amal jariah serta ibadat ku dengan sebaik mungkin..Ya Allah kau berikan lah aku kekuatan  serta kesihatan yang baik untuk menyempurnakan suruhanMu agar aku bisa menjadi sebahagian dari hambaMu yang baik..

Tak sabar jugak rasanya nak berkumpul dengan mak, abah, adik-adik serta my lil zoro yang terchenta...
untuk persiapan dari segi baju raya semua dah settle...semua serba sederhana..kuih raya pun just few types jek tempah..yang lain ingat nak buat sendiri..so this time jimat lagi untuk kuih raya..mak dah pesan tak payah banyak2..so aku buat satu adunan jek lah untuk setiap satu..en mahadhir tersayang pun ada request biskut samprit n biskut mazola...puas dia n abah dia cari buku resipi arwah mak mun (ibu kepada en mahadhir) jadi aku dengan sedaya mungkin lah nak cuba buatkan dia biskut tersebut dengan rasa yang aku harap hampir sama..

Apa pun aku ucapkan Salam Ramadhan Al-Mubarak untuk semua!!!!!!!!!!!!! 

**maap lah baru nak ucap sebab yesterday actually aku tak brapa sihat so gi klinik and doktor bagi MC...maka aku terus pulang kerumah untuk berehat..

No comments:

Post a Comment