Mrs. Mahadhir's Life Story

Tuesday, December 28, 2010

10 sifat calon suami yang baik:


10 sifat calon suami yang baik:

Hari bos ku takde kat opis..so memandangkan kerja den dah siap so bleh lah nak membelogkan diri sekejab..nak memeriahkan lagi entry blog diri ku ini..pagi tadi sempat baca something nice kat tenet..jadi nak berkongsi lah ilmu yang aku dapat pagi ni dengan semua...

1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan

2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.

3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.

4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.

5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.
6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.

7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.

8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.

9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.

10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.

encik mahadhir ku yang montel adalah termasuk dalam beberapa ciri yang disebutkan di atas tadi..and ada few things jugak lah yang nak kena ditokok tambah lagi..tapi lelaki ni sometime ada yang akan berubah bila dah kawin because diaorang dah realize akan tanggungjawab besar yang diaorang tanggung..tetapi ada jugaklah yang before kawin nampak mcam lelaki sejati yang boleh dibuat laki but bila dah sah menjadi suami lain pulak jadinya...hurm..

No comments:

Post a Comment