Mrs. Mahadhir's Life Story

Thursday, December 30, 2010

Safee nama mu teratas...

 Safee nama mu teratas...


Fuh lega!!! malam tadi jantung berdegup kencang saat permainan bermula..dalam hati berdoa yang terbaik untuk mereka..mungkin Allah itu Maha Adil maka diberikan kejayaan yang gemilang buat mereka di atas segala jerih perih usaha untuk membawa pulang piala AFF Suzuki tersebut dan di atas kejayaan itu juga maka seluruh rakyat Malaysia mengecapi nikmat cuti untuk esok hari (31 Disember 2010)..
ini lah wajah Hero Harimau Malaya..hehehehe two thumbs up to  you

ini pulak poojaan ramai skang..muka hensem pandai tangkat bola mamat nie..our goalkeeper

skang nie kalu sebut nama Safee Sali (pemenang anugerah penjaring gol terbanyak) maka seluruh Malaya akan tahu akan kehebatan lelaki ini yang gah di arena yakni bola sepak..tak ketinggalan juga kepada Khairul Fahmi, penjaga gol negara yang menjalankan tugasannya dgn baik walaupun bolos dua gol namun yang pastinya kehebatannya menepis bola begitu terserlah dan nampak kesungguhan beliau..sangat kagum this time tengok aksi harimau2 muda negara dalam menyempurnakan misi mereka di Jakarta...even berada dalam keadaan tertekan namun mereka tidak gentar mengharunginya..corak permainan pada mula perlawanan sampai akhir mmg nampak orang sana yang menguasai padang..maklumlah nak balas dendam kat kita pada perlawanan minggu sudah...hurm mcm2 kutukan dan cacian peminat fanatik diaorang kat sana lontarkan pada kita..paling tak tahan kes mengungkit itu dan ini (lari dari topik bola tue..) di lontarkan pada kita. hati aku rasa macam luka kena simbah dengan cuka bila aku baca ayat-ayat nista diaorang...hurm heran aku kenapa begitu lancang sekali mereka mengutuk kita sedemikan rupa..aku admitlah team penyokong kita pun ada  yang melampau jugak..tapi jangan lah nak menghukum kita sedemikan rupa..tak tau lah agak nye nilai murni diaorang dah hilang kot..

ok back to the topic...walau sekadar aku menonton dirumah dengan cik betty dan cik jijah namun kitaorang tetap merasai bahang kehangatan perlawanan tersebut...kat rumah kitaorang riuh rendah dgn jeritan2 yang tak dapat dibendung lagi...(owh jiran2ku maaf lah yerk terbuat bising pulak malam tadi) agaknye lah kalu en mahadhir tgok aku menjerit-jerit gitu alamat ada yang pasti akan kena sound tepek tepat di muka..hah hah hah hah..walaupun pada perlawanan semalam malaysia tewas pada mereka tapi kita menang dengan mata aggregate..heh heh heh..sekalung tahniah untuk para pemain malaysia yang terlibat sejak dari awal hingga ke akhirnya..diharapkan semoga kejayaan ini akan menjadi satu titik mula untuk kita terus mengecap kejayaan dalam arena bola sepak...

kat bawah ini adalah few photos untuk kenangan tanda kejayaan pasukan bola tanahair kita serta seluruh rakyat malaysia
This is my favorite photo among all..hahaha..cayalah macha... sambil masak tgok bola..amma'
we are the champion yes we are the champion.....yeahhh!!!!!!!



Wajah gembira anak -anak malaysia yang menyaksikan perlawanan di dataran merdeka...

No comments:

Post a Comment