Mrs. Mahadhir's Life Story

Wednesday, December 29, 2010

Cik Sekretariiiiiiiiiiiiiii......alahai..


Memandangkan ramai di antara kengkawan ku yang menjawat jawatan secretary (termasuk lah aku ni walaupun tugasan hakiki aku ialah seorang eksekutip cabok..) bagi memotivasikan diri kita semua (termasuk aku skali) so marilah kita bersama-sama melihat apakah tips untuk menjadi seorang secretary yang bagus..Aku dah olah kembali tips ni...heh heh heh

yang pertama
kita mesti jelas dengan nawaitu kita adakah kita bekerja untuk wang semata ..jelas dengan matlamat kerja kita.sejujurnya menjadi seorang secretary ni bukan lah semudah yang disangka...(cakap pakai molot mmg lah senang tapi cube lah skali)..seorang secretary yang bagooos mestilah mempunyai attitude yang baik dan bertanggungjawap..

yang kedua
memula or hari pertama keja memang lah kita akan panic skett..al maklum lah  kita masa tu terbangak-bangak..(adei teringat masa mula aku keja dulu..heh heh heh ) apa yang perlu pada ketika itu ialah bertenang (bukan si tenang) dah tumpuan..kita mesti ingat yang kita perlu mula semua dari kosong balik..gunakan lah pengalaman yang ada (bagi yang pernah bekerja) untuk mula menjalankan tugasan..dari merangkak bertatih then baru lah mula untuk berlari..begitulah jugak setep nye untuk kerja..bila dah mahir dgan selok belok opis baru keja laju...

yang ketiga

pastikan kalu bos panggil jek masuk bilik mesti bawak pen n diary kita okey kengkawan semua (hah hah hah hah ) so sila catatkan apa yang bos cakap..telinga tue sila peka sikit...

yang keempat

ni yang terpaling penting ** Sila tahu bezakan yang mana tugasan yang SGT PENTING,PETING dan AGAK PENTING..(yang ni aku slalu gak lah fail nak buat pasai aku rasa semua kerja yang dia bagi tue penting..ngeeee...)

yang kelima

jangan takooot nak tanya soklan blik kalu tak paham..yang ni aku slalu gak lah buat..pasai bos aku ni fussy..aku tak salahkan dia sebab mana2 boss pun mesti fussy..yerk lah kalau lah surat ada salah ejaan ke, apa ke mestilah malu company kita kalu surat tu dihantar ke luar....tapi ada jgak lah part yang aku tak boleh nak tahan bab fussy dia nie...(theee..thee...heee)

yang keenam

hurm yang ni biasa lah..sila pastikan hasil kerja tuan puan (guna tuan pasai skang ni dah ada jgak secretary lelaki) disempurna dgn sebaik mungkin...

(yang ni pulak luahan hati aku )
orang memang slalu cakap 'eleh jadi sekretari tue apa lah sangat...bukan susah pun..stakat buat air, taip surat,jawap tepon n  jaga diari boss aku pun boleh buat'..wei kalu stakat cakap jek tak payah..nak rasa senang sangat meh lah dok sini..
korang ingat  ke nak buat air..(eih..jap gi takut gula lebih lah, gula kurang lah or apalah..) kalu boss complaint air yang korang tak buat tue tak best apa korang rasa...(so far aku tak pernah kena benda ni tak de lah jadi lagi kat aku but i believe pnah jadi kat sekretari lain)..
bab taip surat pulak..apa perasaan korang kalu korang terpaksa buat surat tue more than 5 times...(kalu salah sendiri tak pe, tapi kalu bos korang asyik nak tukar ayat lah, nak tambah ayat lah..ha...)

bab menjawap tepon..kat opis ni aku lah penjawab tepon yang setia..hurm..kalu aku tak angkat maka deringan telefon tue akan bunyik jek tak berenti-renti..bila dah angkat tu pulak  kang salah nombor lah, tanya itu lah, ini lah..sumtime sampai tak terjawap aku dibuatnya..heh heh heh..

bab nak menjaga diari boss..ni lagi lah penting..salah hari or time mampuih dibuatnya..aku paling tak suka nak set appointment because aku kena pikir kan sumting yang diluar jangkaan..mostly aku akan bagi extra 30 min sebab aku takut jalan jammed or what so ever lah kan..kalu sampai awal takpe jangan sampai lewat..dulu bos aku pulak sangat mementingkan masa..

bab nak tempahan tiket flight (bukan tiket domestic) yang ni lagi haru biru..tak bleh rely on travel agen jek..sumtime nak kene buat follow up..bos yang cerewet plak asyik nak tanya bila bleh dapat tiket dia..nak pulak tolong  uruskan rombongan nak fly ke luar negara lagi caca marba beb..dah kena yang nie...(time tue ada lah juga yang cakap nsib bek diaorang tak jadi sekretari pasal susah) hurm tak tau lah...

tapi tak kisah lah apa pun orang nak pikir yang penting seseorang sekretari tue mesti
  • ada semangat yang tinggi 
  • kesabaran 
  • sikap positif
  • senyum yang manis




No comments:

Post a Comment